Sekadar singgah untuk meninggalkan nota-nota pendek....
* Cuti yang ditunggu-tunggu untuk kali pertama selepas kali pertama bergelar cikgu akhirnya tiba ke penamatnya.
Sempat bercuti di Machang 3 hari. Khamis pula bertolak ke Shah Alam-konvoi bersama geng Cerita Kudat ke rumah baru mereka di Quarters Guru SMK Teknik, Shah Alam... Sabtu terus ke Tangkak dengan barang-barang lebihan praktikum dulu.... Maklumlah...Nak berjimat...
* 30hb Jan-Gaji pertamaku sudah masuk... Al-Hamdulillah... Walaupun lewat seminggu seperti yang diberitahu kerani, syukur tak terhingga kerana memang saat ini, poketku sudah kering... Tapi, berpinar-pinar jugakla mata bila kusedari cepat sungguh duit mengalir... Maklumlah... Belanja untuk perjalanan jauh dr Machang-Shah Alam-Tangkak boleh buat poket koyak rabak...
*31hb Jan- Saat aku melilau-lillau di Pasar Malam Tangkak bersama Kak Na dan familynya, Piz menelefon dari Tegelam... Katanya K.Wa dah selamat..... Yay!!! Dapat baby baru...!!! K.wa dan Apih dah selamat menyambut baby sulungnya. Abah kata, misi kat sana cakap muka baby tu macam Pakistan.... Ye ke?

.
Kulit cerah, muka manis... Err... Ada lesung pipit tak? Kalau tak ada, ok le... Boleh join kelab Mok Yah nya.. Satu-satunya geng Machang yang takde lesung pipit...huhu...
Ermm..rasa teruja nak tengok baby tu...
*Emmm... Semalam sampai menangis-nangis dalam tidur mimpikan Awfa... Kenapa ek? Tapi, biasala..mimpi mengarut-ngarut dengan jalan cerita tak logik... Tapi, cemas jugakla sampai aku boleh menangis-nangis dalam tidur... Dah lama tak berlaku macam ni. Masa kecik-kecik dulu pernahlaa..
*Saat ini, aku sengaja luangkan masa mencatat catatan pendek... Biasalah... sekadar mengurangkan tekanan kerja. Tadi baru siap taip kertas kerja pesta bola jaring. Lepas tu teringat RPH untuk esok belum buat lagi... Tiba-tiba sakit kepala... Maklumlah... Sekolah aku ni hari-hari Rancangan Mengajar kena hantar... Tu pun kena hantar awal-awal pagi. Kalau tak, terlepas la. Bila terlepas, orang ingat kita tak buat kerja..........
*Tiba-tiba aku terfikir..Err..bukan tiba-tiba, tapi sokmo terfikir..sampai bila aku boleh bertahan kat sini? Atau berapa tahun lagi aku kena tahan kat sini? Untuk aku chow dengan cara mintak tukar, memang takde alasan kukuh...Memang takde alasan.. Huhu....
*Beberapa hari lepas posting hari tu, member aku kat Parit.. Er...Parit apa yer? Banyak sangat parit kat sini.. Parit Raja kot... Dia nak mintak tukar sumasu dengan aku (suka sama suka). Dia nak ke Muar kerna katanya tunangnya kat muar dan aku boleh ganti tempatnya di Batu Pahat. Aku kata orait... asalkan buleh lari dari 'mak tiri diktator'aku kat sini... Tapi sampai sekarang dia senyap... Aku pun bukan harap sangat... Takut-takut nanti, keluar mulut rimau, masuk mulut buaya... Biarlah.. Takdir aku dah kat sini....
Cuma satu doa aku... Semoga aku akan sentiasa dikasihi oleh manusia-manusia sekelilingku... kerana hidup ini tidak dapat dijangka pasang-surutnya.....
*Hidupku masih tidak stabil dan menentu lagi... Aku pernah berangan-angan untuk berdikari.. Betul-betul berdikari... Duduk sorang-sorang pun aku sanggup. Tapi, atas dasar kemanusiaan, aku kini menyewa bersama seorang kakak yang sama-sama posting di sekolahku itu kerana menemaninya disebabkan dia tidak mampu untuk menjaga keluarganya di negeri Jowo Pinter ni. Hujung minggu aku terpaksa
berkurung dalam bilik kerna suaminya datang bersama anak-anaknya. Walaupun aku boring dengan keadaan begini, terpaksa juga kulalui... Hati ini sering bermonolog.. sampai bila keadaanku akan terus begini?
*Hasrat untuk menyambung lesen keeta semakin meronta-ronta. Duduk kat tangkak ni, kalau tak ada transport sendiri, mati kutu dibuatnya. Tak boleh nak pergi mana-mana. Sekarang ni pun menumpang kereta housemate je la. Masa balik dari mengajar tuisyen hari tu, ada cikgu tu sanggup menunggu aku kat pintu pagar sebab dia tau aku jalan kaki ke sekolah... Dia sempat pesan, nanti dapat duit ni, bolehla buat lesen.... Ermm...kadang-kadang bukan duit yang jadi penghalang..cuma kekangan masa dan aku yang jenis suka tangguh-tangguh... Maklumla... tak konfiden lagi... Huhu....
*Semakin hari, semakin terasa gamitan kerinduan dari sana yang jauh.... Kadang-kadang terasa mahu menitis air mata ini kerana terasa tidak tertahan lagi menaggung keinginan ini... Harap-harapnya hasrat yang sudah lama kupendam ini akan terlaksana juga pada penghujung bulan Mei ini... Ya.. Hasrat ini sudah lama... Semenjak di Matrikulasi, sebetulnya hasrat ini mula menyubur... Lebih-lebih lagi bila ku teringat Ustaz Maszlee pernah bercerita, "... jika kamu mempunyai keinginan itu dan kamu tidak mampu...tapi jika kamu betul-betul meletakkan harap pada Allah... Berdoa bersungguh-sungguh, pasti hasrat kamu ke sana akan tercapai.. Pernah seorang student yang terlalu ingin ke sana, dan dia sering berdoa... Lantas doanya dimakbulkan oleh Allah Taála apabila dia memenangi kuiz yang menajanya ke sana...."
Harap-harapnya akulah antara insan yang dipilih menjadi tetamu-Nya di sana.... Moga ia menjadi kenyatan...

Ok.. Sekian dulu...
Chow!!