i sepanjang perjalanan selama 3 jam lebih di dalam bas semalam dari KL ke Tangkak, fikiranku terus menerus mengimbas segala macam peristiwa yang dilalui akhir-akhir ini. Sebenarnya, aku tidak merancang untuk datang ke KL hujung minggu ini memandangkan betapa banyaknya tugas-tugas yang tak terselesai..., kepenatan bekerja yang tidak surut-surut... Tetapi memandangkan majlis penting yang akan berlangsung di Banting, dan kehadiran Mi, Abah dan ahli keluarga ke KL, aku menggagahkan juga jasad yang kepenatan ini untuk mengayuh ke KL hingga ke Shah Alam....
Malam di Shah Alam cukup meriah dengan tibanya Mi, Abah, Makda, Pak Da, Mekmoh dan adik beradikku yang lain. Walaupun belum habis penat dek perjalanan yang jauh, kami sama-sama beriang gembira menyiapkan barang-barang hantaran ke Banting....
Besoknya selepas Zohor, dua buah kereta bertolak ke Banting. (Sebenarnya tak larat nak bercerita... Biar gambar aja yang bercakap...

)
Rombongan dari Mache...
membawa hajat yang besar
Bincang....
Cincin disarung....
Menunggu hasil perbincangan...
Seleseai sudah majlis dengan juadah yang banyak dan yummy yummy... kami bergerak terus... untuk pulang. Ingatkan nak singgah ke Shah Alam... Rupa-rupanya semua pakat nak balik terus. Aku juga yang terpinga-tinga tak tahu nak tuju ke mana dalam remang senja ni... Akhirnya aku memutuskan untuk terus ke Pudu mengambil bas yang kemungkinan ada pada jam 7.30 petang ke Tangkak. Akhirnya pakat berpisah di stesen Komuter UKM. Aku naik komuter terus ke stesyen Bandar Tasik Selatan untuk bertukar tren ke Stesyen Bas Pudu, dan kroni-kroniku terus bertolak ke Mache. Dalam setengah jam resah menunggu tren itu, sempat jugala bermuhasabah diri..
Sampai di Steseyen Pudu, buru-buru membeli tiket dan menunaikan solat jamak zuhur dan asar yang belum ditunaikan. Selesai sahaja, aku terus berkejar menaiki bas ke Tangkak... Al-Hamdulillah... Nasib baik sempat... kalau tidak, ke manalah hendak di tuju malam itu....
Di dalam bas, aku memenuhkan kotak fikirku dengan muhasabah... Sesungguhnya, manusia itu hanya mampu merancang, dan Allah Taala sahaja yang mampu menentukan segalanya...
Hari ini, selesai sudah satu fatrah kehidupan.. terutama buat adikku... Al-Hamdulillah, majlis pertunangannya sudahpun selesai dengan selamat dengan hasil permuafakatan yang diharapkan...
Diharapkan, langkah-langkah yang akan dihadapi seterusnya disertai dengan rahmat Allah Taála dan dipermudahkan segalanya.. Apa yang penting, bersihkan hati, ikhlas niat... Buatlah sesuatu dengan rasa rendah diri dan tawadhuk... Paling penting... ingatlah... bila kita mendapat mutiara berharga, jangan dilupa terus rumput tempat kita berpijak....... serendah-rendah rumput dan tanah yang kita pijak, namun itulah tapak yang sering menyokong untuk kita terus gagah berpijak...