
4 Ogos 2004-->>10:37 pm
Lihat di langit sana...biru dan tenang...
Awan berarak riang, dengan putihnya...
Angin bertiup bersih dan nyaman...
matahari menyinari alam semesta...
Itulah dia ciptaan Tuhan Yang Esa...
Suatu waktu dahulu, inilah lagu yang sering aku nyanyikan buat Khayr... Tatkala membawanya bersiar-siar di laman... Masa tu, dia belum boleh berjalan... Khayr comel amat, dengan matanya yg besar dan bulat, dihiasi dengan sepasang bulu mata yang lentik, meneduhi wajahnya..
Rindunya pada Khayr.. lebih-lebih lagi pada Umayr dan Dhuha. Bagaimanalah budak-budak tu sekarang? Oh ya...Kalau tak silap, esok lusa Birth Day Mat Khayr...
Khayr...jangan nakal-nakal sangat tau! Kesian kat Ummi Khayr...
Jangan cubit-cubit aik Umayr...Jaga adik Aha baik-baik...
Betul ke Khayr dah tak pergi sekolah? Tok Mi kata Khayr dah pencen.. Hii..hii.. Pergilah sekolah... Nanti jadi pandai macam Ayah We, boleh baca buku Doraemon, buku Sin Chan, Kisah Sang Kancil Yang Sombong....
Muqaddam dah baca sampai mana? Khayr mengaji dengan Baba ke? Garang tak Baba? Kalau Baba marah, jangan merajuk ye?
Khayr, kalau Ummi dengan Baba pergi school, Khayr dengan adik duduk dengan siapa? Dengan Nenek, ye? Duduk baik-baik sama Nenek tau!! Jangan cubit-cubit nenek... tak baik! Dengar cakap nenek, ye?
Nenek garang tak? Garang Nenek lagi ke,garang Moyah?
Khayr... Khayr marah lagi ke kat Moyah? Oooo!! Khayr tak suka Moyah ye? Hee!!Hee!! janganla macam tu... Moyah tau, masa Khayr balik, Moyah selalu marah Khayr.. selalu cubit Khayr....
Sakit ke Moyah cubit? Moyah cubit sikit je! Tak sakit pun!! kan?kan? Moyah marah Khayr, bukannya Moyah tak suka Khayr... Moyah marah sebab tak nak Khayr buat perangai tak baik... nanti Allah marah! Tok Bah pun marah.. Tok Mi pun marah!
Khayr, hari tu Tok Mi ckap, Khayr pergi KK, ikut Ummi dan Baba kursus... Seronok tak? Tapi, lagi seronok kalau balik Machang kan?
Kat Kudat, tak ada sape-sape, kan? Tak ada Ayah We, Ayah Kih, Ayah He, Su Mi, Ayah Sih... Khayr... khayr tak ingat Ayah We ke? Ayah We rindu sangat dekat Khayr... Khayr tahu masa Ayah We pergi hantar Khayr kat airport, Ayah We nampak macam nak nangis... moyah tak tengok, tapi Ayah kih yang cerita. Sebenarnya, ayah Kih pun nak nangis juga.. Ayah Kih kata, Khayr tak nak naik to'irah. Khayr nak ikut Ayah We. Kesian Khayr.. Jangan nangis ye Khayr.. Nanti, khayr ajakla Ummi dan Baba balik sini. Boleh naik To'irah lagi. Jelesnya Moyah dengan Khayr! Dah dekat sepuluh kali dah Khayr naik To'irah. Moyah tak pernah naik sekali pun! Bila nak ajak Moyah naik To'irah? Moyah nak sangat naik To'irah. Mesti best, kan? tapi, moyah nak naik to'irah pergi Mekah! Khayr nak pergi tak? Jom, kita pergi sama-sama! Nantilah...nanti Moyah habis belajar, Moyah dapat kerja, Moyah simpanla duit sampai cukup untuk pergi Mekah. Nanti, kita pergi sama-sama dengan Tok Bah, Tok Mi... ye?
Khayr...kasihan Tok Mi dan Tok Bah tau! sejak dulu lagi, Tok Mi dan Tok bah teringin sangat pergi Mekah... Tapi, Tok Bah tak ada duit... kalau ada pun, nak bagi Ayah We, Ayah Kih, Ayah He, Su Mi bayar yuran sekolah... Kadang-kadang, Moyah minta juga duit dengan Tok Bah, kalau duit Moyah habis. kalau tak minta,terpaksalah Moyah makan maggi. Moyah tak nak makan maggi.Bahaya! Khayr makan maggi tak? Ada tak Ummi masak maggi? Kalau Ummi masak maggi, jangan makan! Cakap kat Ummi, tak baik makan maggi. Tak bagus! Makan McDonald dan KFC pun tak bagus! khayr pergi lagi tak kat McD. Apa? Baba bawa Khayr pergi lagi? Ish! Ni yang Moyah nak marah ni! Khayr tau tak, kalau kita beli KFC ke, McD ke.. samalah macam kita tolong orang Yahudi dan Amerika beli peluru untuk tembak orang Islam.. macam kat Palestine.. mungkin Khayr tak faham..tapi Baba mestilah faham, sebab dia belajar tinggi..sampai ke Bumi Isra'... samalah macam Ummi. Baba & Ummi Khayr mestilah lebih faham, kerana di Bumi Isra' itulah di mana termakamnya jasad2 suci para Anbiya', Sahabat, Syuhada' yg gugur demi mendaulatkan Islam di masa silam. Tentulah Ummi & Baba lebih arif kerana di Dataran Syam itulah mereka pernah mendengar & melihat rintihan2 derita para ikhwah mereka dari Palestine, Bosnia, Chehnya... tentulah mereka telah merasai & melihat sendiri kesan2 peninggalan di zaman kemakmuran Islam.. ketika Rasulullah masih di sisi.. ketika meriahnya para sahabat mentadbir bumi...
Khayr.... Pernah tak Ummi& Baba menceritakan Kisah Muhammad ad-Durra... si Syahid kecil yang telah pergi meninggalkan Ummi dan Abinya? Kalaulah Khayr tahu, Umur Akh Durra ketika itu mungkin sebaya Ayah We, tatkala dia gugur di hujung senapang si Yahudi laknat, jundu al-shaytan... Tak kasihankah Khayr, kalau melihat kawan-kawan sebaya Khayr, sebaya adik Umayr, sebaya adik Aha ditembak sewenang-wenangnya... sedangkan ketika itu mereka asyik bermain... sedangkan mereka ketika itu tidak pernah kenal erti permusuhan? Kasihankan? Takutkan?
Kalau Khayr boleh pergi ke sekolah, mereka tidak, kerana sekolah mereka semuanya sudah roboh. Kalau Khayr boleh bermain-main dengan pistol mainan, teddy bear.. mereka tidak boleh... Yang mereka boleh main, hanyalah dengan melempar batu-batu agar tepat masuk ke muncung kereta kebal Israel... dengan harapan, agar meletuplah kereta kebal askar toghut itu. Kalau Khayr boleh naik To'irah, terbang ke mana-mana, mereka tak boleh, kerana sekeliling rumah dan kampung mereka telah dipagari dengan tembok-tembok tinggi... yang menjadikan mereka seolah-olah hidup di dalam penjara terbuka....
Sebab itulah, bila tengok Baba & Ummi beli McD, Moyah marah-marah. Moja pun marah-marah... Kita bukannya marah makan benda-benda mahal... Tak marah! Tapi, kita kasihan kat orang-orang Palestine. Masa Moyah marah, mesti Baba & Ummi kecil hati, kan? Sebab itulah agaknya Baba & Ummi selalu senyap sahaja kalau Moyah ada... Maaf! Moyah bukan sengaja nak marah-marah, tapi Moyah kasihan sangat kat adik-adik kecil di Palestine. Kalaulah Khayr tahu, mereka di sana terjerit-jerit meminta tolong...Tapi, kita di sini sesuka hati bersenang lenang. Kalaulah kita yang kena..... Waliya'uuzubillah...!!
Khayr... tak tersedar Moyah... sudah pukul 3 pagi rupanya... Nampaknya Moyah kena berhenti dulu, sebab kawan Moyah dah tutup lampu. Moyah tidur dulu... Esok Moyah ada kelas... Assalamu'alaikum...
Jumaat- 6 Ogos 2004
Khayr.... Khayr tengah buat apa? Khayr buat Birthday party ke hari ni?Ummi buat kek, ye? Khayr dapat hadiah tak? Khayr... jangan sedih ye?Moyah tak dapat bagi hadiah... Moyah jauh! Nanti Khayr balik, bolehlah Moyah bagi...
Khayr, sekarang ni Moyah duduk di Masjid... tunggu masuk maghrib. Hari ni sunyi benar... Ramai kawan Moyah dah balik kampung. Tapi, Moyah tak balik... Merajuk? Tak adalah!!Siapa pula kata Moyah merajuk tak nak balik? Kalau boleh, Moyah memang nak sangat balik.. Boleh jumpa Ayah We... boleh makan rambutan...durian... Khayr tau, pokok rambutan rendang Moyah dah berbuah!! Sukanya Moyah... sebab dah banyak tahun dia tak berbuah... Rasa nak balik tengok pokok tu... Tapi, tak apalah! Biarlah Moyah tak balik.. Moyah banyak kerja kat sini. Esok pulak Moyah nak pergi masuk hutan, panjat bukit... Kadang-kadang, Moyah rasa perlu juga Moyah beruzlah... mencari ketenangan. Maksud Moyah, bukanlah beruzlah jauh dari usrah kita... tapi beruzlah dari masalah-masalah dan perkara-perkara yang sering mengocak tasik hati Moyah... Sekali-sekala, Moyah perlu juga bermusafir... untuk mencari keyakinan dan kekuatan...untuk belajar mendepani kenyataan.... Biarlah Moyah belajar untuk menjadi manusia tabah... sebab Moyah tidak tahu bagaimana hebatnya bentuk-bentuk cabaran yang Moyah akan hadapi di depan hari. Apakah sehebat cabaran yang pernah Ummi Khayr, Ayah Pih, Ayah Sih hadapi, atau lebih hebat dari itu lagi?
Khayr, ingatkan nasib Ayah Sih, Moyah jadi sedih.. Khayr tahu, kesian Ayah Sih... Dia rupanya gagal untuk merealisasikan cita-citanya di garis permulaan lagi.. Hasrat dia untuk dapat belajar di tempat yang sama dengan Moyah rupanya tidak kesampaian... walaupun dia sekadar merasai kehidupan di kampus beberapa hari... Kalau dia belajar di sini, kemungkinan dia akan dididi untu menjadi pemimpin yang hebat... Mungkin itulah cita-cita dia...Tapi, Tok Bah lebih senang kalau Ayah Sih ke maktab sahaja.... Tidak perlu susah-susah. Habis belajar, kerja sudah menanti. Sekurang-kurangnya, boleh jadi ustaz macam Baba. Terpaksalah Ayah Sih akur, walaupun berat benar bagi dia. Kalau Ayah Sih sedih, Moyah lagi sedih... lagi kecewa... Tak adalah sesiapa nanti yang boleh teman Moyah di sini....
Khayr, nanti besar Khayr nak jadi apa? Jadi ustaz? Jadi doktor? Tak sabar rasanya tunggu Khayr besar... Sekarang pun, Khayr dah besar, kan? dah cerdik... dah masuk empat tahun pun. Dah boleh harap jaga adik. Khayr kan abang nombor satu, abang sulung..? Mestilah kena jaga adik. Kalau adik nangis, pujuk dia, jangan pukul dia... Nanti, bila Khayr dah besar.. macam Ayah Min, Ayah Lin, Ayah Pih, Ayah Se... Khayr boleh jaga Baba, Ummi.. Masa tu, Ummi & Baba dah tau... dah tak larat nak jaga Khayr. Masa tu, mesti Ummi & Baba nak tengok Khayrjadi orang baik, bagus, soleh.... boleh tolong keluarga, tolong orang lain... Boleh tolong ajar orang yang tak pandai solat... ajar orang jahat jadi baik... Nanti, kalau panjang umur Moyah, Khayr boleh jaga Moyah juga...
Khayr, masa Moyah tengah menulis ni, Moyah sedang tengok akak-akak Khayr dari rumah anak yatim mengaji Qur'an.. Kesian kakak-kakak tu, kan? mak ayah mereka dah tak ada... tapi, diorang pandai mengaji. harap-harapnya, nanti besar biarlah mereka jadi orang-orang baik, soleh-solehah... macam sekarang juga...
Khayr, Moyah rasa lapar lah... Moyah nak pergi beli kebab ni. Lain kali Moyah sambung lagi, ye? Okeylah! Jangan nakal-nakal tau! Jangan gaduh-gaduh dengan adik Umayr. Rajin-rajin mengaji. Jaga adik Aha baik-baik. kirim salam pada Baba dan Ummi... Moyah pergi dulu...