
Asssalamu'alaikum Bah!!!
Happy Besday Bah!! Selamat melangkah setapak lagi ke usia emas…!!!
Hee…hee..!! Sorrylah… orang terlambat ucap…. Dah lewat 9 hari. Tapi, takpe… Sempena besday orang yang jatuh pada hari ni, marila kita sama-sama “menyelebrate” "yaumul milad".
Alamak, Bah… Orang dah makin tua laa… Dah masuk 21. Macam tak percaya je…
Abah, tahun ni kita nak celebrate besday pulak ke? Manala tau
Tapi, orang rasa, orang tak boleh balik la Bah, bulan ni… Minggu lepas baru je balik… Ni pun dah rasa pening2 sikit… pasal banyak kelas yg terponteng…. Semata-mata nak urus biasiswa hari tu lah!!!
Tapi, Bah.. Dalam kelasa semalam, Ustaz Sohirin ada bagitau, nyambut-nyambut besday ni, bukan budaya orang Islam. Tak ada pun dalam mana-mana sunnah Nabi ke, sunnah sahabiy ke. Cumanya, dia kata tak ada hal kalau sekadar nak mengingati umur kita yg semakin banyak ni. Bak kata orang, semakin meningkat umur, semakin dekat lah kita dengan kematian… Harap-harapnya kita ni termasuklah dalam golongan orang yang sentiasa mengingati mati. Rasulullah pun pernah bersabda: “Orang yang paling bijak ialah orang yang paling banyak mengingati mati”…
Tapi
Abah… sorry ye, kalu abah terasa ngan perkataan “usia emas” ni.. manalah tau, org bersemangat waja macam abah ni sensitif sikit kalau menyentuh bab2 umur ni..
Abah… tahun ni, orang takde apa2 hadiah special utk Abah… Tak kisah la
Tapi,
Amende yg special thing tu…? Mmm… takde mende sangat… Cumanya orang nak buat satu catatan flash back tentang Abah… Kisah hidup Abah yg org ingat… ye lah.. yg selalu Abah cerita kat org time kecik2 dulu… Buleh ke ni? Kalu buleh… dengan ini orang memulakan satu catatan ringkas kehidupan seorang Abah, Tok Bah, Guru dan ….
Jeng je jenggg…..!!!
8 Disember 1949:
Di sebuah perkampungan di pesisir Pantai Sabak… Kampung Pulau Gajah Hilir… Terdengar teriak tangis seorang bayi mungil….
“ Eh… eh…. Anak lelaki…. Alhamdulillah… Limah…!! Mu boleh anak lelaki…!! Eii… Comel budak ni… Amboii hidung… tinggi.. Ikut rupa Sahak la ni!!”
Suasana sedikit riuh dengan bunyi tangis si bayi dan kekecohan Mak Bidan menyampaikan berita gembira. Kalsum tersenyum gembira…. Rasa ingin melompat-lompat… mana tidaknya… kali ini dia mendapat adik lelaki!! Sebenarnya, dia sudah agak bosan dan jemu melayan kerenah kedua-dua adik perempuannya; Timah dan Bidah. Mana tidaknya, asyik bertengkar sahaja, sampaikan bertarik-tarik rambut…
Mak Limah hanya tersenyum kelesuan… melihat anak yg baru dilahir, dipangku oleh sang Ayah.. lalu azan dialunkan di telinga si kecil…
“Kita namakan adik baru kita, Ismail… Ismail Bin Ishak…” Lembut si ayah menutur kata..
Timah dan Bibah melompat-lompat gembira…Kelahiran si adik seolah-olah memberi sinar baru dalam kehidupan mereka…..
Ogos 1955
Sambil menyusuri batas-batas bendang yang basah berlumpur itu, Mail tersenyum-senyum bila terkenangkan peristiwa lucu yang dialami tempoh hari. Pasti takkan hilang peristiwa hari itu dari kotak ingatannya.
Dia masih ingat lagi, pada suatu malam, dia berjalan-jalan bersama Kak Timah pulang dari rumah Mak Su Bidah. Sesampainya mereka berhampiran sebatang pokok nyiur, mereka terperasan ada sesuatu sedang bergolek-golek seolah-olah mengekori mereka. Mail
Che’
Disember 1961
berita duka padanya. Air mata yang membasahi pipinya,
“Buat apa nak belajar jauh-jauh. Baik belajar sekolah pondok.
“Orang tak nak!! Tak nak belajar sekolah pondok!!! Nanti rambut kena cukur! Jadi botak!!” Serentak dengan teriakan itu, dia berlari-lari ke bawah rumah. Biar Che’ tau, biar mak tau. Dia betul-betul mahu ke sekolah asrama penuh. Itulah satu-satunya cita-citanya sejak dulu. Buat apa dia berpenat-lelah, bersengkang mata belajar kalau bukan untuk ke asrama penuh? Sambil melayan rasa kecewanya, dia menggosok-gosok tengkuk ayam jalak kesayangannya. Baginya, hanya si Jalak yang mengerti perasaannya. Kalau Mat ada, Mat tentu lebih faham perasaannya. Tapi, Mat, kambing kesayangannya itu dah lama pergi. Pak Tih Haji, bapa kepada sepupunya si Kiah yang datang mengambilnya. Bukan main marah lagi dia pada si Kiah. Sampai hati ayah Kiah datang ambil anak kambing yang dipelihara sejak lahir, sesuka hatinya.
Ogos1964
Pagi itu, Mail berjalan perlahan-lahan menyusuri jalan yang agak sibuk itu, menuju ke Sekolah Menengah Islah. Begitulah rutinnya setiap hari. Berulang-alik dari Sabak ke Bandar Kota Bharu, demi mengaut mutiara ilmu yang bakal menjadi penyuluh hidupnya pada masa depan. Kata-kata Che’ lah yang sering menjadi azimatnya untuk dia terus menjulang jaya. “Che’ tak ada harta yg bertimbun untuk Che’ tinggalkan pada anak-anak. Nanti Che’ tak ada, tiada harta yg boleh Che’ tinggalkan untuk dibuat bekal. Jadi, Mail kena belajar bersungguh-sungguh. Biar jadi orang bijak. Orang ada pendidikan. Bukan macam Che’. Kalau Mail ada pelajaran, mu boleh makan gaji. Tak jadi susah macam aku. Siang malam duk mencerut, menerun tengah-tengah panas di bendang.”
“Mail janji Che’! Mail akan belajar bersungguh-sungguh!! Nanti Mail senang, tak payahlah Che’ berpanas-panas di bendang. Tak payahlah Mak ke hulu ke hilir menjaja kerepek demi mendapatkan duit bekal sekolah Mail! Mail janji Che’!! Dia
Januari 1965
Senja itu, Mail mengatur langkah ke perigi dengan longlai. “Mu ke mana Mail. Maghrib baru balik?” Garau suara Che’ mengejutkannya.
“Orang gi rumah Dimat, Tanya pasal sekolah asrama penuh tu… tapi…” Mail serba salah untuk menyudahkan kata-katanya. Ah… Betul-betul dia dihantui serba-salah..
Malam itu, tidak seperti selalu, Limah melihat ada sedikit kelainan pada anak terunanya yang seorang itu. Nasi yang disuap ke mulut tidak selaju seperti lazimnya. Firasatnya menduga, anaknya sedang menanggung sesuatu. Sesuatu yang barangkali sukar untuk diungkapnya. “Tidak gembirakah Mail dengan tawaran asrama penuh yang baru diterimanya?” Atmanya
“Mak…” Tiba-tiba dia tersentak dengan sapaan Mail yang tiba-tiba itu.
“Orang tak jadilah pergi asrama penuh. Dimat pun tak nak pergi. Dia tak berani lagi nak pergi. Katanya kat
Hari itu, pulang dari sekolah, dia menyembamkan mukanya ke bantal kekabu lusuh di pojok dinding. Sungguh! Betul-betul dia tidak menyangka tindakan Dimat. Perbuatan Dimat terhadapnya. “Sampai hati mu Dimat … Sampai hati mu tinggalkan aku. Rupa-rupanya senyap-senyap kau ke asrama penuh, tinggalkan aku! Benci sangat ke mu dekat aku? Sampaikan tak bagi aku sama-sama ke asrama penuh?!! Baru aku tahu hati budi mu, Dimat!!!” Hatinya membentak-bentak marah.
Subuh hari,1968
Pagi itu, dia bersiap-siap seadanya. Merenung hari yang kian cerah melempiaskan jalur pawananya, membuatkan jantungnya kian berdegup kencang, memikirkan sebentar lagi dia akan bertolak meninggalkan desa halaman. Buat pertama kali dalam hidupnya, dia akan meninggalkan laman tempatnya bermain. Juga kakak-kakak dan adik-adiknya. Dia juga tidak akan dapat lagi menemani Che’ ke baruh. Dia bakal memulakan suatu era baru dalam kehidupannya di perantauan. Di Kuala Lumpur nanti, dia bakal bergelar pelajar Sekolah Menengah Alam Shah. Sebuah sekolah yang tidak kurang masyhurnya. Peluang ini dia tdk akan lepaskan begitu sahaja. Tak mungkin dia akan mengulangi kesilapan yg sama, seperti ketika dia ditinggalkan Dimat dahulu. Dia akan buktikan pada Dimat : “Aku lebih hebat lagi dari kau Dimat! Mujur juga aku tak ikut kau dulu. Kalau tidak, tak berpeluanglah aku merantau ke KL.”
Tiba-tiba ingatannya terbang ke Pantai Senok. Wajah bujur sirih Kiah seakan-akan menggamit ingatannya kepada sepupunya itu. Namun, kemudiannya wajah Kiah berganti pula dengan wajah tegas Mak Bidah. Cadangnya, sebelum pergi, dia akan singgah sebentar di rumah Kiah. Bertemu Mak Bidah dan Pak Teh Haji…
13 Mei 1969
Hari itu adalah hari yang paling kalut pernah dialami sepanjang kehidupannya di dunia ini. Segala-galanya menjadi kacau dan celaru. Suasana sekeliling menjadi huru-hara. Di sana-sini kedengaran bunyi das-das tembakan dilepaskan, berserta dengan jerik-pekik orang-orang yang merusuh dan jerit tangis mereka yg tidak memahami apa-apa. Entah dirasuk oleh apa, entah kegilaan apa, suasana tiba-tiba menjadi tidak terkawal. Yang jelasnya, hari itu adalah hari peperangan meletus. Peperangan antara kaum. Peperangan yg tidak pernah dibayangkan akan berlaku sebelum ini. Yang pasti, hari itu adalah hari pertumpahan darah di Bandar
Di suatu sudut di asrama putera, Mail dan rakan-rakannya sedang berkubu di sebalik dinding. Menghadapi keadaan yg kalut-ribut itu, menjadikan mereka kematian akal. Hanya panggilan maut sahaja yang tergambar di ruang mata….
Tidak tahu apa yg mampu dilakukan lagi, Mail menggagahkan diri mencarik secebis kertas. Kali ini, dia
1974, Suatu senja
Seusai kuliyah, Mail berjalan-jalan di pinggir tasik MPSI, menghirup udara petang. Bersendirian di situ, begitu cepat membawa arus mindanya mengembara menyelusuri memori-memori kehidupannya. Tiba-tiba sahaja senyuman tergaris di wajahnya yg berhias kumis. Dia terkenangkan warkah dari Machang yg baru sahaja diterimanya. Sekeping warkah yg terhias dgn puisi indah. Dia amat menyenangi warkah itu. Tidak sabar rasanya utk dia membalasnya…
Disember 1973
Majlis hari itu berjalan dengan penuh sederhana. Hanya saudara dan jiran-jiran terdekat sahaja yang diundang. Majlis akad nikah baru sahaja berlangsung. Begitu, Pak Teh melepas nafas lega. Bukanlah dia merasa lega kerana tugasnya memelihara seorang anak perempuan sudah usai. Tidak! Cuma dia merasa bangga, lantaran satu-satunya anak perempuannya itu sudah bertemu jodoh yang baik. Lantaran mendapat menantu yang sudah cukup dikenali hati budinya. Syukur Alhamdulillah!!
Di suatu sudut, Mak Bidah tersenyum geli hati, bila mengenangkan suatu takdir yg sudah pun menjadi takdir. Manakan tidak, budak berdua itu, merpati dua sejoli itu akan berjodoh juga akhirnya. Tidak disangkanya, semasa kecil bukan main lagi bermusuh. Lansung tidak boleh bertikam bayang. Tapi, sekarang…. Kiah…Kiah...
Petang itu……
Detik ini adalah detik terakhir dia bergelar seorang pelajar. Kiranya, dia berjaya juga mengakhiri status itu. Esoknya, dia akan mengakhiri kursus perguruannya di Maktab Perguruan Sultan Idris. Tinggallah MPSI bersama kenangan-kenangan yang pernah mendewasakannya. Esok juga, dia akan kembali ke kampung halaman, bertemu insan-insan tersayang……..
18 Februari 1975
Hospital Besar Kota Bharu
Suasana sunyi yang mula dipecahkan oleh bunyi jerit tangis si bayi, cukup melegakan hatinya. Saat itu, bagaikan mimpi, dia telah pun bergelar seorang ayah. Tiada kata yang mampu diucapkan………
Dengan sedikit gementar, bayi sihat itu diambil dan diiqamatkan…….
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR
Oktober 1977
Tawau,
“Shhh….shhh… Duuu…duu…” Hafiz sudah pun lena di pangkuan Kiah. Anak itu begitu susah untuk ditidurkan. Sejak usianya mencecah 2 bulan, rengek tangisnya itulah yang memecah sunyi setiap tibanya dinihari.
Tiba-tiba Isyam merengek-rengek meminta susu. Hafiz kembali terjaga beserta dengan tangis nyaringnya. Kak Longnya yang baru mencecah usia 2 tahun itu, bangun terpisat-pisat.
Abahnya pula seolah-olah tidak mengambil pusing dengan keriuhan yang baru berlangsung itu. Sejak tadi lagi, dia bersendirian mencipta daerah sepinya di muka pintu, dengan air muka yang masam kelat… Ahh…!Baru terasa peritnya membesarkan tiga orang zuriat. Manakan tidak, berada jauh di perantauan… dengan bergantung kepada kewangan yang tidak sekukuh mana…
1979- Episod pilu pun bermula…
“Che’, tidak ada kata-kata yang mampu Mail luahkan saat ini… Mengiringi pemergian Che’, hanya air mata ini yg mampu bercerita. Betapa pilunya Mail menghadapi perpisahan abadi ini…. Che’, moga Che’ digolongkan bersama golongan orang-orang yang berbahagia di alam
Tanah Perkuburan Islam Pulau Gajah kembali dikunjungi orang ramai. Kiranya hari itu, penghuninya kembali bertambah……………..
30 Disember 1994
Suasana di rumah kayu itu begitu hangar-bingar, menyambut kedatangan orang baru. “Selamat datang ke dunia baru dik..” Dalam diam, Yah membisikkan kata-kata itu kepada adik barunya, walaupun sedikit hampa, kerana ahli baru kali ini, lelaki juga. “Alamak! Lelaki lagi!!” Keluh Naimi… Si Thaqif pula, tidak menampakkan bayang sejak tadi. Merajuk barangkali… melihatkan semua orang sedang memfokuskan kepada kedatangan ahli baru yang ke dua belas itu.
Malamnya, Kak Long menelefon dari
29 Ramadhan 1425 Hijrah
Tok Mi sedang sibuk di dapur, menyiapkan juadah berbuka puasa. Jam sudah bergerak hampir ke angka 5:30. Su Mi dan Moyah sedang sibuk menggentel-gentel kuih raya. Moja pula sibuk mengomen-ngomen. Jangan haraplah dia nak menolong.
“Penyek-penyek tepung… penyek-penyek tepung,” Sambil menguli tepung, Moyah
“Abah ke mana Mi?”
“Entah…. Tidur dalam kereta agaknya..”
Moyah mengintai-ngintai dari jendela bilik, mencari kelibat Tok Bah.
“Ooooo…. Duk berlatih khutbah raya untuk esok rupanya..” Moyah tersenyum-senyum sambil mencapai kamera digital Moja.
Sambil berjalan perlahan-lahan, dengan aksi ala detektif, Moyah
“Alamak.. Kantoi!!!”
“Macam mana Bah? Dah lancar elok dah ke?”
Tok Bah hanya tersenyum-senyum, tanpa menjawab solan Moyah.
8 Disember 2004
Mujur juga, air hanya memenuhi halaman rumah sahaja… Di tempat lain, khabarnya ramai yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir. Jerit-pekik cucu-cucu bersama pakcik-pakciknya bermain air sedikit mengganggu lamunan Tok Bah.
Tiba-tiba sahaja Tok Bah teringat tarikh hari ini. Sudah 8 haribulan rupanya… Maknanya hari ini, genap sudah usia Tok Bah yg ke 54. Tinggal setahun sahaja lagi, tugas pendidik yang disandangnya akan berakhir. Tiba-tiba sahaja Tok Bah teringatkan anak-anak muridnya di Sekolah Mata Ayer.. Terkenangkan Ila dan Akmal yang pintar… serta hero-hero Mata Ayer nya….
Kalau dikira, Tok Bah lebih suka mengajar budak-budak Sekolah Rendah dari melayan kerenah budak-budak Sekolah Menengah. Lebih kurang 27 tahun, Tok Bah mengajar di Sekolah Menengah, memang cukup terasa peritnya. Sebab itu, Tok Bah lebih suka beralih angin ke Mata Ayer. Tidaklah pening kepala sangat.
Sejenak kemudian, minda Tok Bah sibuk mencongak-congak hadiah pencen yang bakal diperoleh. Manalah tahu, kalau-kalau sekarang sudah boleh berdaftar untuk ke Tanah Suci bagi tahun hadapan. Kalau tidak tahun hadapan, tahun hadapan yang satu lagilah… Begitulah Tok Bah berkira-kira….