Powered by Bravenet Bravenet Blog

Phonecam

journal photo

Subscribe to Journal

Tag Board

CReaTiVe SiFu: Kekeringan idea utk usrah? Dptkn idea2 baru dgn e-book 100 Aktvt&Games Kreatif Usrah harga RM5 shj. B'minat? Sms:019-6320905 @ yusryyusopp@gmail.com sblm 18 Sept 2009 :-D
muslih84: Salam ziarah.. Salam ramadhan
sisyahid: har ini natrah meninggal dunia
sisyahid: video klip tok guru menagis, sngguh menyayat hati
PK: Eh taklah kamceng ,hanya saya teruja bila dengar Anbakri deklamasi puisi- unik & punya magnet, hehe
mujaddeeda: oo..member kamceng hj anual la ni?ank pompuan dia pun dh jadi penulis skrg...
PK: hehe cikgu mujaddeeda. Dia tu bekas guru juga dan isteri beliau ( bekas cikgu juga ) pun den . konal ,hehe. PJemput dia baco puisi kat skolah cikgu , pasti ramai yg terpegun.
mujaddeeda: oo..yo ko PK?hehe..ambo pun respek kat dio.. tu ambik gamba dia tu..insya Allah klu sempt tegur dia kt mana2ambo kirim la slm tu..
Penggali Kubur: Wow ! Gambo Tuan Hj. Al Bakri pun ade ye ! Lama dah tak jumpa dengan dia & dengo dia baca puisi. Kim salam kalu mujaddeeda jumpo dio. Dio kenal den heheh
http://boards.msn.com/forosnoticiasboards/board.aspx?BoardID=1684: http://boards.msn.com/forosnoticiasboards/board.aspx?BoardID=1684 vale mierda la descencia soy criminal rivero chanona teran rivera solana 018001231010
piz: wei mujaddeeda mu kelik renew lesen mu nun, mati dh nuh
PK: Lulus lesen krete dulu cikgu. Lepas tu kaki leh jadik panjang. Eh, kat c2 ade budu tak ? hehe
mujaddeeda: shah rukh khan..kat melaka je yang laku..huhu...
Penggali Kubur: Fuiyoo Cikgu. Menjelmalah Putra G. Ledang ala-ala Shah Rukh Khan , hehe-zam2 ala kazam
mujaddeeda: hehe..apa plak putri gunungnye... kna cari putra gunung ledang la..kui..kui..
Penggali Kubur: Cikgu mujaddeeda. Kalau ada rezeki leh terjumpa Putri Gunung Ledang,hehe. & dulang hati nyamuk ,7 dulang entah apa lagi bla blabla. apapun slmt bertugas.
mujaddeeda: sy dpt skolah yg dkat je dgn gunung ledang..blehla g btapa kt sana...hehe
PK: Tangkak oklah tu mujaddeeda. Boleh pekena ais kacang selalu,hehe
mujaddeeda: terima kasih gravesdigger..hihi..sy dpt area tangkak..
mujaddeeda: w'slm ain..sila2 lah..thanks krn sudi link kan
http://gravesdigger.blogdrive.com: Apapun Tahniah Mujaheeda. Dpt Johor leh slalu gi S'pore,heheh
ain: Salam. Saya minta izin 'link' blog kakak.
mujaddeeda: w'slm grave digger... slmt hr raya.. saya opsyen dlm B.I..insya Allah mgkin mengajar b.i&sains..tgh tggu posting..
Penggali Kubur: Salam ! Akan mengajar subjek apa Mujaheeda
miSswanna: salm~nice bl0gg~!
mujaddeeda: political sc?huhu... wallahu a'lam..tringin jgk nk further study dlm bidang tu.. tp mgkin dlm 2,3 thn lg...Belajar dlm bidang ni sgt memberi makna &pengertian ttg hal ummah
MILING: KEDIO GAK MU DOK NGARUT TU...NTAH APA2
mujaddeeda: who is teacher soba..err.. wrong number I think..
sisyahid: teacher soba, cool down please..calm down please..be patient please...
Akmal Hakim: oo ye ke.. mcm mana plak dgn political science? akk tak teruskan??
mujaddeeda: akak x ambik BENL.. dulu ambik human science..majir dlm political science. lps abih tu..beralih arah plak.. dh rezki, akhi..
Akmal Hakim: oh.. akk daripada UIA la ek.. amik BEN la dulu?
mujaddeeda: oo..hazwan dh amik master.. grad bila/akak grad 2007.. bleh je blanja mkn..esk insya Allah gi UIA..ada dinner QYC.
hazwan : mujadeeda. saya hazwan. ye masih di UIA sambung MA. kak kenal saya ke? bagus la klu kenal. nti bole belanja makan.
mujaddeeda: Slmt hr raya akmal... memang akak amik tesl..tp stahun je..lpsni insya Allah mengajar
Akmal Hakim: ehh jap, sbelum ni ada tulis amik TESL kan? skarang ni cmna plak?
datoksir: oren oren.. nice blog
piz: jgn lupa bangun sahur terakhir sempena penutup kempen bgn sahur thn ni :)
mujaddeeda: aku boringdh nk ssiap folio ni..mls ssero nk wat jurnal...
piz: aku abis dh observe wei!! merdeka dh aku. tp kkbi aku x siap lagi la
mujadeeda: gano?ganah dok abm aku? tp ak layok dpt c jh kot...
piz: mujaddeeda, bui idea kakku nk ngaja shape & space plok
mujaddeed: takok pitih eh
kimi: modal aku bui cumo cari pelanggan sajo......
kimi: mu kelik rayo beli maruku dengan beli sofa pakat dengan piza munsif..... ghoyak ko munsif aku ado projek baju jersi adidas dengan nike..... maklum kan munsif.....
mujaddeeda: to akmal hakim: thanks akhi.. insya Alah..akak akan linkkan blog enta..uhu... skrg akak bz sesangat ..xsmpt nk edit link
mujaddeeda: to guest:hmm.sape ni ek?insya lah...doala bnyk2..
muadeeda: to hzwan:amzing blog?kahkah...just a blog from a naive adult person... hihi.. masih d uia ke?rasanya ni junior ana
hazwan: this is really amazing blog. keep it up, ukhtie! i found this link from akmal hakim blog.
guest::): salam kakyah..bertemu jg dgn blog ni...rase mcm knl..sy linkkan site ni ke blog sy ye...t.ksh..praktikal molek la..:)
Akmal Hakim: salam ukhti.. :) saya linkkan blog ukhti dengan blog saya ya.. semoga ukhti juga sama.. syukran.. saya pernah bagi komen dahulu, tapi link blog lain.. majulah TESL untuk manfaat org Islam sendiri!!

Please type in the four characters shown in the black box.

Friday, December 31st 2004

10:58 AM

Bala atau Bencana Alam??

Ramai yang bertanya, ombak Thunami yang melanda negara kita yang permai ini... adakah ia suatu bencana alam atau apakah ia bala? Apakah yang berbeza antara bencana dan bala? Sedangkan ia adalah perkara yang sama. Bala didatangkan oleh Allah, dan bencana juga datang dari-Nya. Walau ramai yang mengeluarkan teori dan statement berbentuk saintifik, dengan menerangkan susur galur dan punca fenomena Thunami. Kita sebagai Umat Islam yang masih berpegang pada 'aqidah, tidak perlu mengerut-mengerutkan dahi memikirkan betapa anehnya kejadian ini. Yang perlu adalah merenungi apa yang mungkin terselit disebaliknya. Betapa banyaknya hikmah-hikmah yang akan kita peroleh jika kita merenung dengan penuh sedar dengan kejadian dahsyat ini.

Kita kena memikirkan  mengapa...

Mengapa Allah Taala menurunkan bala' seperti ini, saat-saat tertutupnya tirai 2004, saat-saat ramainya manusia di muka bumi ini sedang bergembira menyambut perayaan Krismas? Bukankah ini untuk dijadikan iktibar kepada seluruh makhluk-Nya yang semakin hanyut dengan keseronokan duniawi? Dan natijahnya, ramai golongan yang tidak berdosa sperti kanak-kanak yang turut ditimpa bala', kerana Allah Taala telah memberi amaran kepada kita bahawa bala tidak memilih sesiapa jika ia melanda sesuatu tempat.

Firman Allah di dalam Al-Qur’an yang bermaksud:

Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras seksaanNya   (Surah Al-Anfal : 25)

Dan juga sebagaimana diriwayatkan di dalam sebuah hadith:

Zainab binti Jahsy pernah bertanya Rasulullah s.a.w., bermaksud,: “Wahai Rasulullah (s.a.w.) apakah kami akan binasa juga sedangkan ada di antara kami orang-orang yang masih berbuat baik? Rasulullah (s.a.w.) menjawab: “Ya, apabila telah melata kejahatan” (Riwayat Muslim)

 

‘Umar ibn ‘Abdul Aziz pula pernah berkata:

 

Bahawa sesungguhnya Allah tidak mengazab orang ramai dengan sebab perbuatan yang dilakukan oleh orang-orang perseorangan. Tetapi kalau maksiat dilakukan terang-terangan sedangkan mereka (orang ramai) tidak mengingatkan, maka keseluruhan kaum itu berhak mendapat seksa

  

Jika merenung dengan lebih dalam akan peristiwa ini, kita akan teringat akan satu peristiwa yang melanda kaum Nabi Nuh seperti yang telah terakam di dalam Al-Quran.

Sebagaimana di dalam surah al-Haaqqah ayat 11-12:

"Sesungguhnya ketika air banjir itu melampau-lampau limpahannya, Kami telah damparkan kamu dengan selamat di dalam bahtera (Nabi Nuh) itu. Agar dengan itu Kami jadikan peristiwa tersebut sebagai teladan bagi kamu. Dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga orang-orang yang mahu menerima pengajaran"

Mungkin ini adalah satu manifestasi kemurkaan Allah terhadap manusia yang begitu sombong dan berlagak dalam melakukan kemungkaran di dunia, sehinggakan segala teguran ulama'-ulama' dipandang dengan penuh sinis. Mungkin Dia ingin menyedarkan kita kembali, dari kederhakaan yang telah kita lakukan.

Renungkanlah peristiwa ini dengan penuh sedar. Jangan hanya bertindak untuk menghentikan pesta-pesta maksiat pada malam tahun baru sahaja. Tindakan yang sepatutnya ialah, kita harus membetulkan setiap diri kita, serta kembali kepada fitrah. Kembali kepada ajaran Al-Qur'an dan Sunnah. Hancur-lumatkanlah segala bentuk-bentuk dan punca-punca maksiat yang ada. Dan, bersatu hatilah dalam membaiki semula kemusnahan yang melanda. Mohonlah keampunan sepenuh jiwa dan raga dari Maha Pencipta. Laksanakanlah segala tanggungjawab kita kepada Dia, serta redha dalam melaksanakan hukum-hukum yang datang dari-Nya. Tidak perlu ada dolak-dalih lagi, jika kita tidak mahu bencana yang lebih besar menimpa kita...

Renungkanlah.... dengan mata hati....

 

2 Komen doh..(s).

Posted by noratikah:

Ana setuju berpendapat bahawa bencana alam ini sebenarnya berpunca dr tangan2 manusia sendiri :):-?:-(o:)
Saturday, March 18th 2006 @ 8:57 AM

Posted by punasane:

bagus:)
Monday, July 23rd 2007 @ 3:24 PM

Post New Comment

 BraveJournal Member Non-Member
No Smilies More Smilies »
Please type the letters you see