Powered by Bravenet Bravenet Blog

Phonecam

journal photo

Subscribe to Journal

Tag Board

Anak Lautz: Salam Ziarah.. Aku telah terbaca artikel muara rasa. Pernah juga ingin jadi pendidik tapi belum rezki datang bertamu. Menjadi pendidik bukan perkara mudah. Banyak ujian dan kadang2 dari dalam organisasi juga membawa tekanan. Apapun, jangan mudah mengalah. Teruskan berbakti mencurah ilmu. Tanpa guru, apalah jadinya aku?. Tak bisa baca tulis.
astaga.com lifestyle on the net: Astaga!com lifestyle on the net was here to say hello...
Mens Wedding Bands: Mens Wedding Bands
Forum Indonesia: Forum Indonesia
Astaga.com Lifestyle on the net: Astaga.com Lifestyle on the net
cigarette electronique: cigarette electronique
Florida DUI Lawyer: Florida DUI Lawyer
Florida Personal Injury Lawyer: Florida Personal Injury Lawyer
CHILEAN: HI........?
music: heloo...?
WORLD TRAVEL: PUITIS BANGET
FOOD: assalamualaikum
sport: CUTE SITE
HOME IMPROVEMENT: hi just blogwalking
real estates: silaturahmi
roshidan: Salam Ziarah
camar: salam..perit juga jadi cikgu ye.. pengalaman cg buat saya fikir..student yg aku akn jma nanti,ntah2 lebih advance dri nie..5tahun akan dTANg..hm.. kena buat persediaan rapi nie rohani dan jasmani.. bukan utk stdent je,tp untuk suasana skolsh juga..hm.. sabar2..
CReaTiVe SiFu: Kekeringan idea utk usrah? Dptkn idea2 baru dgn e-book 100 Aktvt&Games Kreatif Usrah harga RM5 shj. B'minat? Sms:019-6320905 @ yusryyusopp@gmail.com sblm 18 Sept 2009 :-D
muslih84: Salam ziarah.. Salam ramadhan
sisyahid: har ini natrah meninggal dunia
sisyahid: video klip tok guru menagis, sngguh menyayat hati
PK: Eh taklah kamceng ,hanya saya teruja bila dengar Anbakri deklamasi puisi- unik & punya magnet, hehe
mujaddeeda: oo..member kamceng hj anual la ni?ank pompuan dia pun dh jadi penulis skrg...
PK: hehe cikgu mujaddeeda. Dia tu bekas guru juga dan isteri beliau ( bekas cikgu juga ) pun den . konal ,hehe. PJemput dia baco puisi kat skolah cikgu , pasti ramai yg terpegun.
mujaddeeda: oo..yo ko PK?hehe..ambo pun respek kat dio.. tu ambik gamba dia tu..insya Allah klu sempt tegur dia kt mana2ambo kirim la slm tu..
Penggali Kubur: Wow ! Gambo Tuan Hj. Al Bakri pun ade ye ! Lama dah tak jumpa dengan dia & dengo dia baca puisi. Kim salam kalu mujaddeeda jumpo dio. Dio kenal den heheh
http://boards.msn.com/forosnoticiasboards/board.aspx?BoardID=1684: http://boards.msn.com/forosnoticiasboards/board.aspx?BoardID=1684 vale mierda la descencia soy criminal rivero chanona teran rivera solana 018001231010
piz: wei mujaddeeda mu kelik renew lesen mu nun, mati dh nuh
PK: Lulus lesen krete dulu cikgu. Lepas tu kaki leh jadik panjang. Eh, kat c2 ade budu tak ? hehe
mujaddeeda: shah rukh khan..kat melaka je yang laku..huhu...
Penggali Kubur: Fuiyoo Cikgu. Menjelmalah Putra G. Ledang ala-ala Shah Rukh Khan , hehe-zam2 ala kazam
mujaddeeda: hehe..apa plak putri gunungnye... kna cari putra gunung ledang la..kui..kui..
Penggali Kubur: Cikgu mujaddeeda. Kalau ada rezeki leh terjumpa Putri Gunung Ledang,hehe. & dulang hati nyamuk ,7 dulang entah apa lagi bla blabla. apapun slmt bertugas.
mujaddeeda: sy dpt skolah yg dkat je dgn gunung ledang..blehla g btapa kt sana...hehe
PK: Tangkak oklah tu mujaddeeda. Boleh pekena ais kacang selalu,hehe
mujaddeeda: terima kasih gravesdigger..hihi..sy dpt area tangkak..
mujaddeeda: w'slm ain..sila2 lah..thanks krn sudi link kan
http://gravesdigger.blogdrive.com: Apapun Tahniah Mujaheeda. Dpt Johor leh slalu gi S'pore,heheh
ain: Salam. Saya minta izin 'link' blog kakak.
mujaddeeda: w'slm grave digger... slmt hr raya.. saya opsyen dlm B.I..insya Allah mgkin mengajar b.i&sains..tgh tggu posting..
Penggali Kubur: Salam ! Akan mengajar subjek apa Mujaheeda
miSswanna: salm~nice bl0gg~!
mujaddeeda: political sc?huhu... wallahu a'lam..tringin jgk nk further study dlm bidang tu.. tp mgkin dlm 2,3 thn lg...Belajar dlm bidang ni sgt memberi makna &pengertian ttg hal ummah
MILING: KEDIO GAK MU DOK NGARUT TU...NTAH APA2
mujaddeeda: who is teacher soba..err.. wrong number I think..
sisyahid: teacher soba, cool down please..calm down please..be patient please...
Akmal Hakim: oo ye ke.. mcm mana plak dgn political science? akk tak teruskan??
mujaddeeda: akak x ambik BENL.. dulu ambik human science..majir dlm political science. lps abih tu..beralih arah plak.. dh rezki, akhi..
Akmal Hakim: oh.. akk daripada UIA la ek.. amik BEN la dulu?
mujaddeeda: oo..hazwan dh amik master.. grad bila/akak grad 2007.. bleh je blanja mkn..esk insya Allah gi UIA..ada dinner QYC.

Please type in the four characters shown in the black box.

Sunday, July 5th 2009

2:37 PM

Diari Seorang Guru: Muara Rasa

Derit-derit hujan di luar bersama hembusan dingin dan aroma lembapnya sesekali meniup ketenangan ke relung hati ini. Mujurlah hujan agak lebat kali ini. Sesakali turun membasahi bumi yang seperti ditimpa kemarau sejak akhir-akhir ini. Mengurangkan pijar hangat yang mungkin disebabkan oleh El-Nino.



Sekian lama laman cetusan rasaku ini dibiar bersawang tanpa coretan berita seperti selalu. Semakin banyak peristiwa dilalui, semakin tidak reti untuk aku meluahkan rasa. Ia seperti melumpuhkan terus upaya untuk bercerita seperti selalu….

Bagaimana lagi untuk aku bercerita.. sedangkan setiap kali mata ini dibuka..setiap kali bangun untuk memulakan helaan nafas dan langkah yang baru, hati ini seperti digores-gores kejam. Perasaan ini seperti ditumbuk-tumbuk sehingga lebam dan ngilu…

Menyesalkah aku untuk terus berada di sini? Menyesalkah aku ditakdirkan hadir di sini menjadi seorang pendidik? Menyesalkah aku kerana setiap hari menghadapi kesukaran yang menyakitkan demi mencurah ilmu dan menyemai bakti untuk anak-anak bocah ini… Yang seringkali menguji kesabaran, menyala api kemarahan, menyimbah pedih luka pada rasa yang cukup untuk menghambarkan  semangat perjuangan…

Tidak…Tidak sesekali… Aku tidak menyesal ditakdirkan untuk hadir menjadi guru kepada anak-anak malang yang mempunyai  sejarah kelabunya yang tersendiri… Malah… saat berbicara dengan ibu bapa mereka , hati ini cukup untuk merasa simpati dengan kesukaran mereka… kerana genangan air  pada tubir mata seorang bapa dan titis air mata seorang ibu cukup untuk menceritakan segalanya… 

Tapi.. aku benci sekali dengan keadaan di sini… Aku menjadi semakin benci dengan manusia yang kononnya menjadi pemimpin di sini… Dia seolah bangga sekali dilengkapi dengan sifat mazmumah yang bukan hanya satu. Dia ketua yang sombong! Dia angkuh! Ego! Prejudis! Pemaksa! Penzalim! Penganiaya! Apa lagi ciri-ciri mazmumah yang tidak ada pada dirinya…?

Aku bukan menuduh…jauh sekali bersangka buruk! Tetapi sikapnya sangat memeritkan rasa…Sangat menekan jiwa sesiapa yang terpaksa bertugas di bawah kepimpinannya…Padahal dia juga seorang pendidik…. Kenapa dia menjadi begini?   

Kenapa dia bangga memeras tenaga, keringat, perasaan malah wang ringgit guru di sini yang tidak seberapa? Mengapa dia bangga menghina dan mengaib guru-guru di sini? Mengapa dia tidak merasa malu menengking guru-guru sesuka hati? Mengapa  setiap butir bicaranya seringkali terselit sindiran sinis seolah-olah guru di sini tiada harga diri dan hanya melukut di tepi gantang? Mengapa prasangkanya terhadap kami begitu buruk sehingga seolah-olah kami tidak pernah membuat sebarang kebaikan..? Sedangkan ada di antara kami yang rela memperuntukkan masa luang di sekolah walaupun masa itu sepatutnya dihabiskan bersama anak-anak yang memerlukan perhatian? Mengapa dia sering menganggap kami  tidak amanah dan makan gaji buta sedangkan ramai antara kami yang berhabis ratusan malah ribuan ringgit untuk memenuhi tanggungjawab yang diberi? Yang hanya dihabiskan untuk sekolah? Mengapa dia masih menganggap kami culas dalam bertugas sedangkan di antara kami ada yang menghabiskan masa di sekolah sehingga maghrib, tengah malam malah hingga ke dinihari untuk menyelesaikan tugas? Mengapa… mengapa begitu buruk prasangkanya?  Mengapa diktator sekali sikapnya? Dan… mengapa begitu kejam tingkahnya? Tidakkah dia sedar bahawa dia sedang melakukan penganiayaan…? Tidakkah dia sedar saat ini dia sedang melakukan kezaliman? Tahukah dia… bahawa hati kami ini sering basah menangisi nasib kami yang malang menghadapi sikap seorang ketua sepertinya? Sedarkah dia ada di antara kami ini yang  sering menadah tangan berdoa agar segala penderitaan ini segera berlalu? Sedarkah dia ada di antara kami yang memendam rasa dan menangisi nasib malang ini dengan diam-diam? Sedarkah dia bahawa ada yang hampir-hampir hilang kewarasan kerana sering tertekan dan menderita dengan sikap seorang ketua sepertinya? Tahukah dia ada yang bergoyang rumah tangganya kerana masa mereka tidak cukup untuk diluangkan bersama keluarga? Tidakkah dia merasa bersalah di atas paksaannya mengerah tenaga kami, sehingga ada beberapa orang ibu di kalangan kami yang keguguran kerana taat melaksanakan apa yang disuruh… sedangkan wajarkah seorang guru ditugaskan dengan tugas-tugas yang lebih dari seorang tukang kebun, tukang cuci, tukang cat, tukang kayu dan segala jenis tukang? Inikah tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh seorang guru sehingga tugas hakikinya menyampaikan ilmu terhadap murid-murid terjejas?

Wahai manusia yang bergelar pemimpin… Bukalah mata hatimu…  Renungkan kembali apa yang telah kamu lakukan… Wajarkah tindakan yang kamu lakukan ini? Tidakkah kamu sedar bahawa cukup banyak penganiayaan yang kamu lakukan….? Atau… adakah hatimu telah ditutup serapat-rapatnya untuk melihat kebenaran? Tidakkah kamu takut dengan janji Allah terhadap mereka yang melakukan kezaliman? Tidakkah kamu gerun dengan janji Allah… bahawa tidak ada hijab di antara doa orang teraniaya dengan Allah Taála.. seperti mana Sabda Nabi Muhammad (s.a.w):

“…takutlah kamu dari doa orang yang teraniaya karena
tidak ada dinding antara doa itu dengan Allah.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Setiap kali mata ini bersabung denga pandangannya, kata-kata inilah yang bermonolog di dalam hati… Ya Allah… Sesungguhnya baru ku tahu… imanku sangat lemah… Tidak mampu untuk menentang kezaliman… Tidak mampu untuk membela mereka yang dianiayai… Ya Allah.. bantulah aku untuk terus kuat… menegakkan yang haq.. meruntuhkan ketidak adilan…. Kerana aku tahu.. kezaliman ini bertapak di sini kerana manusia-manusia di  sini tidak punya prinsip… Tidak ada kemahuan untuk membela hak-hak mereka… Rela ditindas lerana tidak mahu kedudukan terjejas..

Ya Allah… aku mohon.. aku mohon dengan sangat… sekiranya aku tidak mampu menyebarkan kebaikan di sini.. Sekiranya aku tidak mampu berjuang menegakkan kebenaran… Sekiranya aku tidak punya kudrat dan kekuatan untuk menentang kezaliman… Aku mohon… untuk beredar dari sini… Aku mohon semoga aku dapat pergi jauh dari tempat ini… Ya Allah.. Semoga aku berjumpa destinasi yang dapat mengukuhkan imanku… Menyemarakkan semangat perjuanganku.. untuk menyuburkan jiwa-jiwa nan hijau dan kerdil dengan semangat kehambaan pada-Mu, demi menjadi khalifah-Mu… Satu-satunya tugas yang Engkau taklifkan kepada setiap hamba-hambaMu sedari mereka dicipta dan ditempatkan di alam ruh….

Ya Allah… akhirnya aku sedar… hidup ini harus dilakonkan mengikut skrip yang telah ditulis oleh-Mu… Walaupun seringkali aku seolah-olah ingin mengubah skrip hidupku mengikut rentak hatiku… Manusia ciptaan-Mu yang tersangat kerdil jiwanya dan lemah imannya…
Akhirnya… aku akur Ya Allah…. 
MySpace
        


1 Komen doh..(s) / Komen deh!

Sunday, May 10th 2009

12:08 PM

Hujung minggu yang memenatkan...

i sepanjang perjalanan selama 3 jam lebih di dalam bas semalam dari KL ke Tangkak, fikiranku terus menerus mengimbas segala macam peristiwa yang dilalui akhir-akhir ini. Sebenarnya, aku tidak merancang untuk datang ke KL hujung minggu ini memandangkan betapa banyaknya tugas-tugas yang tak terselesai..., kepenatan bekerja yang tidak surut-surut... Tetapi memandangkan majlis penting yang akan berlangsung di Banting, dan kehadiran Mi, Abah dan ahli keluarga ke KL, aku menggagahkan juga jasad yang kepenatan ini untuk mengayuh ke KL hingga ke Shah Alam....

Malam di Shah Alam cukup meriah dengan tibanya Mi, Abah, Makda, Pak Da, Mekmoh dan adik beradikku yang lain. Walaupun belum habis penat dek perjalanan yang jauh, kami sama-sama beriang gembira menyiapkan barang-barang hantaran ke Banting....


    
Besoknya selepas Zohor, dua buah kereta bertolak ke Banting. (Sebenarnya tak larat nak bercerita... Biar gambar aja yang bercakap... )


Rombongan dari Mache...


membawa hajat yang besar













Bincang....



Cincin disarung....


Menunggu hasil perbincangan...





Seleseai sudah majlis dengan juadah yang banyak dan yummy yummy... kami bergerak terus... untuk pulang. Ingatkan nak singgah ke Shah Alam... Rupa-rupanya semua pakat nak balik terus. Aku juga yang terpinga-tinga tak tahu nak tuju ke mana dalam remang senja ni... Akhirnya aku memutuskan untuk terus ke Pudu mengambil bas yang kemungkinan ada pada jam 7.30 petang ke Tangkak. Akhirnya pakat berpisah di stesen Komuter UKM. Aku naik komuter terus ke stesyen Bandar Tasik Selatan untuk bertukar tren ke Stesyen Bas Pudu, dan kroni-kroniku terus bertolak ke Mache. Dalam setengah jam resah menunggu tren itu, sempat jugala bermuhasabah diri.. 

Sampai di Steseyen Pudu, buru-buru membeli tiket dan menunaikan solat jamak zuhur dan asar yang belum ditunaikan. Selesai sahaja, aku terus berkejar menaiki bas ke Tangkak... Al-Hamdulillah... Nasib baik sempat... kalau tidak, ke manalah hendak di tuju malam itu....

Di dalam bas, aku memenuhkan kotak fikirku dengan muhasabah... Sesungguhnya, manusia itu hanya mampu merancang, dan Allah Taala sahaja yang mampu menentukan segalanya...
Hari ini, selesai sudah satu fatrah kehidupan.. terutama buat adikku... Al-Hamdulillah, majlis pertunangannya sudahpun selesai dengan selamat dengan hasil permuafakatan yang diharapkan...  
Diharapkan, langkah-langkah yang akan dihadapi seterusnya disertai dengan rahmat Allah Taála dan dipermudahkan segalanya.. Apa yang penting, bersihkan hati, ikhlas niat... Buatlah sesuatu dengan rasa rendah diri dan tawadhuk... Paling penting... ingatlah... bila kita mendapat mutiara berharga, jangan dilupa terus rumput tempat kita berpijak.......  serendah-rendah rumput dan tanah yang kita pijak, namun itulah tapak yang sering menyokong untuk kita terus gagah berpijak...

 
0 Komen doh..(s) / Komen deh!

Friday, April 24th 2009

1:50 AM

Bertemu Bidadari Dari Timur

Bidadari Dari Timur…
Seandainya direntasi laut segara,
Tiada yang bisa menandingi lautan tabahmu,
Seandainya gunung dijadikan pasak,
Belum tentu seteguh setiamu,
Seandainya ditawarkan buatku seorang isteri,
Kau yang ingin kubawa hingga ke negeri abadi…

Bait-bait puitis ini kutenung dalam-dalam… seperti ingin merungkai terus maknanya yang tersirat… Mataku tertangkap akan bait-bait puisi ini saat aku meneliti baris demi baris berita yang terpapar di Harakahdaily.net… Hatiku seperti terpaut terus dengan bait-bait indah ini. Ia seperti sedang memelodikan segarit jiwa rasa dari seseorang. Rupa-rupanya ia adalah sebahagian daripada catatan sinopsis sebuah karya terbaru. Karya yang berjaya diterbitkan dari cernaan jiwa rasa seorang wanita yang kukagumi semenjak dahulu. Semestinya ia adalah hasil karya dari belahan jiwa rasa seorang yang bergelar Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat….

Aku meneliti lagi catatan yang menceritakan karya hebat ini. Rupa-rupanya karya yang dihasilkan dalam bentuk novelette ini bakal dilancarkan sendiri oleh Tuk Guru di pesta buku antarabangsa yang baru berlangsung. Lantas seperti dijentik rasa yang riang, aku melihat takwim sekolah. Al-Hamdulillah,pada hari pelancaran itu rasanya aku sempat menjengah ke sana walaupun pada sebelah pagi Sabtu aku perlu ke PPD Muar untuk menghantar muridku ke ‘Story Telling Competetion’.Padahal sebelum ini, tidak terlintas pun untuk turun ke KL dalam keadaan mood yang kurang stabil dan kerja yang tidak habis-habis. Tak apalah. Keterujaan aku untuk bersua dengan insan-insan yang kukagumi sudah mencapai tahap maksima. Lagi pula, sejak akhir-akhir ini aku seperti dihambat perasaan sepi yang agak mencengkam. Terkadang segarit rasa kecewa yang entah datang dari mana turut menghumban terus semangat perjuanganku…. Ya… Aku perlu keluar dari lubuk kesunyian dan kekecewaan ini. Aku perlukan penawar kepada hati yang makin suram ini…

Lantas… Selesai menemani anak-anak muridku yang gagal membolot sebarang tempat dalam pertandingan itu, aku meminta Cikgu Aki menurunkan aku di stesen bas Muar. Lewat rembang 4.00 petang, aku terus melompat menaiki bas Maharani ke KL. Dalam kepalaku sibuk mencongak sama ada mahu transit di UIA atau IPIS. Lalu, aku memutuskan untuk bermalam di IPIS. Dalam kesunyian perjalanan bas yang hanya dihuni empat penumpang itu, aku cuba memejamkan mata dan melapangkan fikiran… Hmm.. Lucu…. Semata-mata mahu bersua dengan orang yang dikagumi sekian lama, aku sanggup menempuh perjalanan yang memenatkan ini… Lantas, hati ini bermonolog nakal:

“Bila hati dinaungi cinta,
jarak yang jauh menjadi dekat,
lorong beronak menjadi hamparan baldu,
pahit hempedu seperti semanis gula batu…’’

Akhirnya aku berjaya sampai ke IPIS ketika azan Isya’ berkumandang dengan baju yang lencun dibasahi peluh dek perjalanan yang panjang ini.

Pagi Ahad yang biasanya akan sibuk dengan bondongan orang ramai yang keluar dengan pelbagai tujuan ini masih seperti selalunya seperti  hari-hari yang pernah kulalui ketika bumi KL ini sering kuranduk terutama pada hujung-hujung minggu. Kami bertiga tangkas bertolak menaiki komuter dan bergantian dengan tren menuju ke PWTC. Saat melalui stesen tren Cheras, tiba-tiba nubaru ini dijengah kenangan lalu. Tiba-tiba distesen itu aku seperti ternampak bayangan kenangan saat diri kewalahan terkejar menaiki tren setiap kali pulang dari latihan mengajar di SK B’fld.… Tiba-tiba wajah sahabat-sahabat menjengah di ruang ingatan… Apa khabar mereka agaknya? ….

Aku melihat jam saat mata kebuntangan melihat orang ramai berpusu-pusu masuk ke ruang pameran buku.Sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dewan PWTC, aku tersua dengan pensyarahku.. Lupa pula namanya..Pernah jadi Head Department of Political Science. Aku memberi salam padanya. Dia tersenyum lebar menjawab salamku... Baru ku teringat.. Dr ni orang Bangladesh dan fasih bercakap Kelantan kerana isterinya oghe Klate...
 Masih ada 1 jam sebelum majlis pelancaran ‘Bidadari Dari Timur’. Sempat aku berangan-angan untuk mendapat autograph daripada Tuk Guru. Lantas, masa yang berbaki aku gunakan untuk survey buku-buku walaupun mata ini hampir tidak dapat melihat buku-buku yang ada dek terlindung dengan batang-batang tubuh manusia yang ‘gilakan buku’. Sesekali wajah-wajah yang pernah kukenali berpapasan laju tanpa sempat kuamati.

Asyik melihat buku-buku, tidak tersedar rupa-rupanya kami sudah lewat 10 minit untuk masuk ke ruang majlis pelancaran. Sebaik sahaja kami buru-buru ke sana, orang ramai sudah bersesak memenuhi bilik Johor tempat di mana Tuk Guru sedang melancarkan novel BDT. Aku hampir berputus asa melihat keadaan yang bersumbat dengan orang ramai yang teruja dengan kehadiran Tuk Guru. Namun, bila kuternampak dari celahan khalayak, wajah Datin  Tuan Sabariah yang sedang melancarkan buku di pentas, ia menaikkan semangat aku untuk menyusup di celahan orang ramai. Sempat juga aku snap gambar dari jauh. Waktu tu, aku dah tak hiraukan muslimin di sekeliling. Rasa malu seperti terus diletak ke tepi dek kerana keterujaan itu… Perghh.. Fanatik betul gua ni…
Biar gambar aja yang bercerita ya…..


Cubaan merempuh masuk




Datin Tuan Sabariah yang turut sama melancarkan novel bingkisan hatinya, Bidadari Dari Timur. Rupa-rupanya majlis dah lama start... ;(


Saat ini, tangan terketar-ketar dalam cubaan snap gambar Tuk Guru yang lalu begitu hampir menuju ke gerai buku Anbakri untuk sesi autograf.




Tetiba je ter'snap' para wildan ni.... Aaayookkk...! Heran..Sempat pulak diorang ni posing..


Haji Anual Bakri yang tertinggal di belakang


Gerai Anbakri Publika. Huhu... tak sempat nk mintak autograf... Orang ramai bedo'oh .. Frust!!


Muka penuh kepuasan para pengunjung selepas berhempas-pulas dalam cubaan mendapatkan autograf Tuk Guru..Heheh..!



Buku-buku yang sempat dirembat... Sempat ke nak baca ni...
Harapnya video animasi umrah ni sempat aku khatam sebelum cuti ni... Tinggal berapa hari doh lagi...

Aku menaiki bas pulang ke Tangkak dengan perasaan yang puas dan lega walaupun kepenatan seperti menghenyuk terus jasad seketul ini… Tanpa menghiraukan orang di sebelah, aku memejamkan mata dan hilang dibuai kelesuan sehingga hampir terlepas stesyen bas Tangkak….

‘Kalaulah begini hebat kecintaan rakyat terhadap ulama’ dan umara’
sepertinya yang sentiasa ingin didampingi,
 bagaimanalah rupanya bentuk kecintaan ummah zaman ini
terhadap Baginda Rasulullah jika baginda sempat ditemui di zaman ini…’

-Helusan nubari- Muar->KL->Tangkak



0 Komen doh..(s) / Komen deh!

Monday, April 13th 2009

7:00 PM

Menghitung rindu...







Rindu kami padamu ya Rasul
Rindu tiada terperi
Berabad jarak darimu ya Rasul
Serasa dikau di sini

Cinta ikhlasmu pada manusia
Bagai cahaya suarga
Dapatkah kami membalas cintamu
Secara bersahaja




0 Komen doh..(s) / Komen deh!

Monday, March 9th 2009

9:33 PM

Fragmen hidup seorang cikgu

Kesibukan melalui liku-liku kehidupan sebagai seorang pendidik di SKL ini kerap kali melupakan aku akan detik-detik dan peristiwa penting yang berlaku dalam seharian. Hari ini, tidak tersedar rupa-rupanya adalah hari yang mengingatkanku akan sebuah sejarah agung. Hari ini, berlalulah sudah 12 Rabiúl Awwal… tarikh kelahiran Rasulullah S.A.W….. Juga menjadi satu kebetulan yang terindah di dalam lipatan sejarah kehidupanku. Hari ini juga menggenapkan usiaku ke angka 26 tahun, jika mengikut kalendar Islam…. Semakin tua jasad seketul ini… Buktinya, semalam saat meraut kepala kerana kepeningan dengan tugas yang menimbun, terbias di cermin seurat uban menghias kepala…. Aghh… memang semakin tua… Hmm… Terkenang pula semasa berada di tingkatan empat dahulu, sewaktu tertekan dengan hafazan untuk peperiksaan Sijil Menengan Ugama, pertama kali terjumpa seurat uban, bukan main runsing kerana pelik. Semenjak itu, setiap kali menghadapi peperiksaan yang besar, seurat uban pasti akan tumbuh…. Orang kata, uban tumbuh kerana dua faktor. Sama ada faktor usia tua atau penyakit. Ubanku pula mungkin faktornya stress…. Mungkin boleh menjadi indicator bahawa aku sedang berada di paras tekanan yang tinggi…huhu…

Hujung minggu ini, sepatutnya menjadi ruang untuk merehatkan diri dan kepala memandangkan cuti tiga hari termasuk Isnin, cuti Maulidul Rasul. Namun, kerana sudah di ‘sound’ awal-awal oleh GB (permaisuri sekolah) kononnya Isnin dia mahu meronda memeriksa kebersihan kelas, maka cuti tiga hari berturut-turut ini aku habiskan di sekolah dari pagi hingga ke petang membersih dan menghias kelas. Penatnya tak usah di cerita. Kata orang, menjadi guru bererti berkorban jiwa raga. Betul… 200 % aku setuju. Tapi jika guru-guru di sekolah lain berkorban jiwa raga demi sekolah dan anak didik, kami di SKL ini mungkin 2 atau 3 kali ganda nisbah pengorbanan yang perlu dicurahkan. Berkorban segala…. Jiwa raga, penat lelah, harta benda,pitis riyal usah dicerita… Hmmm… Kekadang aku sering terfikir, hebat betul ‘permaisuri SKL' ini kerana begitu berjaya menundukkan cikgu-cikgu di sini untuk memenuhi segala kehendaknya…. Agaknya, dia guna ilmu apa-apa tak? Heh…! (Malas nak cerita panjang-panjang pasal beliau..)

Teacher's life: Hidup mesti simple

Sepanjang menghuni daerah ini, dalam menjalani rutin hidup di sini, sudah pelbagai cerita suka duka yang aku lalui terutamanya ketika di sekolah. Jarang-jarang menulis ini, ingin aku mencelah ruang mencoret beberapa peristiwa yang mencuit hati….

Diari Seorang Guru….

1 (Fragmen Pertama)
Seperti yang kuceritakan sebelum ini, aku ditugaskan untuk menjadi guru kelas 2C. Kelas ini adalah kelas yang agak kritikal kerana di dalam kelas itulah adanya murid yang sering menjadi buah mulut para guru.. Dan ditakdirkan, aku yang kena menjadi ‘emak’nya. Feélnya agak ‘dahsyat’… Tahap dahsyatnya sehingga menggoyah langsung kesabaranku… Sehingga tapak tanganku yang gebu tak pernah naik ke muka sesiapa, boleh hinggap ke pipi budak tu sehingga empat das: dua pipi kiri, dua pipi kanan… dalam satu helaan nafas. Betapa dahsyatnya ammarahku masa tu… Sebabnya apa? Tak perlulah aku cerita… Cukup sekiranya aku katakan perbuatan budak berusia baru 8 tahun itu sangat memalukan. Dibawanya benda yang tak sepatutnya ke sekolah… Eghh…. Malu aku nak cerita… Mungkin disebabkan tidak mampu menahan marah kerana aib, menyebabkan aku hilang kawalan sehingga menamparnya… Tapi, aku langsung tidak kesal sekiranya tamparanku itu boleh mencuit perasaannya untuk memahami bahawa perbuatannya sangat tidak normal dan aib. Mungkin kalian akan mengatakan aku ini bertindak di luar batasan, tetapi jika kuceritakan hal sebenar, kalian akan menggeleng-geleng tidak percaya… Namun, jika dibiarkan dengan begitu,  tidak akan terbit ‘çommon sense’di dalam jiwanya bahawa perbuatannya adalah sangat bertentangan dengan akhlak Muslim lebih-lebih lagi dengan usianya  yang baru 8 tahun itu. Semenjak peristiwa itu, aku sering termenung memikirkan; penyakit apakah yang menimpa generasi anak-anakku ini…? Sehingga hilang deria ‘common sense’ tentang apa yang betul dan salah… Apa yang senonoh atau tidak… Jika dibandingkan dengan generasi anak-anak sezamanku, sangat jauh beza keadaanya dengan anak-anak zaman ini.

Murid-murid di kelas tuisyen SBT: Penuh keriangan... (mengajar SBT: beerti rela mengorban masa cuti)

Dulu, anak-anak sezamanku sangat tebal dengan nilai hormat dan taat terhadap guru… Sangat kaya dengan kesantunan. Zaman ini…? Cukup kukatakan bahawa  anak-anak zaman ini sangat 'advance’di dalam hal-hal yang tidak sepatutnya namun sebaliknya, mereka semakin tandus dengan adab tatasusila sebagai anak-anak Muslim. Pendek kata, seolah-olah mereka tidak diajar oleh ibu bapa untuk berakhlak sebagai anak-anak Muslim…. Lantas kepincangan ini terus dihumban ke atas bahu seorang guru untuk diperbetulkan!  Justeru, mampukah seorang guru untuk melentur rebung yang sudah keras menjadi buluh..? Silap dilentur, boleh terus patah riuknya… Namun, peristiwa ini menjadi satu titik tolak yang menukar langsung sikapku… dari seorang guru yang kelihatan lembut, tetapi di dalam kelas, sesiapapun tidak akan menyangka aku boleh menjadi ‘teacher’ yang sangat bengkeng. (Macam Kak Ros kot..)Tapi tidaklah sebengkeng singa… Cukup sekadar sebengkeng angsa garang yang orang takutkan bunyi suara nyaringnya sahaja tetapi tidak mampu mencakar.. Hanya sekadar mengacah-ngacah dengan menyudu muncung sahaja. Begitu agaknya perasaan anak-anak muridku… Hanya takut dengan cubitanku sahaja… Tetapi, sebaik sahaja aku senyap, kelas akan kembali hinggar. Susahnya mendidik anak-anak sekarang… Sebab itu, rotan wajib ada di tangan… Tetapi, rasanya aku perlu membeli rotan yang baru kerana ia sudah pecah-pecah. Sehari dua ini, aku tidak gunakan rotan kerana semenjak rotanku tertinggal di dalam kelas, ia terus lesap; sama ada diambil guru lain atau disorokkan anak-anak muridku. Tapi, bahaya juga kalau ada rotan di tangan. Setakat ini, sudah banyak kali rotan itu melibas-libas betis dan tapak tangan murid-muridku… Tetapi, sekarang aku sudah menukar method hukuman dengan menarik ‘side burn’ mereka. Itupun sudah ‘lumayan’. Sampai ada yang berkata, Ëh…Cikgu buat macam Cikgu Mask…!”. (Cikgu Mask adalah bekas guru disiplin yang sangat ditakuti di sini, tapi sudah berpindah kerana tidak tahan dengan pentadbiran dictator di sini).

Teacher's life: Peralatan dan senjata ke sekolah

 

2   (Fragmen Ke dua) – Kisah lucu atau malang?

Beberapa minggu yang lepas, aku sangat kesibukan dengan latihan sukan dan hal-hal pengurusan kelas. Boleh dikatakan saban petang aku akan berada di padang santak ke 5:30 petang untuk melatih murid.bagi persiapan hari sukan tahunan. Penat lelah usah dicerita dengan terik mentari awal tahun yang panas memijar. Namun, ketika aktiviti ini sahajalah aku berpeluang mengenali guru-guru di sini dengan lebih dekat memandangkan di waktu persekolahan masing-masing sibuk sehingga tidak ada masa untuk berbual. Namun ada satu peristiwa yang membuatkan aku menjadi lebih mesra dengan kakitangan sekolah terutama pakcik-pakcik tukang kebun kerana sebelum ini untuk senyum pun aku merasa segan.
Peristiwa yang lucu atau malang ini berlaku ketika sebelum latihan sukan bermula. Aku sebetulnya ke tandas guru untuk membetulkan tudungku yang herot petot. Maka aku pun teruslah menutup pintu bilik air dengan agak kuat kerana engselnya agak ‘liat’. Sewaktu hendak keluar, tetiba sahaja aku gagal  membuka pintu. Dipendekkan cerita, aku terperangkap agak lama juga di dalam bilik air setelah berusaha membukanya sehingga berpeluh-peluh. Nasib baiklah aku membawa handphone. Lalu, jalan terakhirnya terpaksalah aku menelefon pejabat sekolah dan meminta bantuan dari sana. Maka selamatlah aku setelah dua orang tukang kebun sekolah datang membuka pintu. Sebaik sahaja aku keluar dari tandas, aku dan pakcik-pakcik itu terus ketawa kelucuan dengan sikap ‘loklak’ku. Huhu… Malu sungguh! Namun, semenjak hari itu rupa-rupanya peristiwa ini tersebar secara  senyap terutama di kalangan guru lelaki… (Semuanya sudah boleh kuanggap úncle’ memandangkan rata-ratanya sudah bercucu-cicit). Semenjak hari itu, ada juga cikgu yang menyindir-nyindir secara bergurau. Walaupun rasa agak memalukan, ku anggap biasa sahaja memandangkan aku ini hanyalah budak mentah yang baru mengenal dunia dewasa di alam perguruan. Aku rasa, cikgu-cikgu di sini semuanya menganggapku sebagai seorang yang masih tebal dengan sikap kebudak-budakan. Tak apalah… Seronok juga kalau ramai yang prihatin dan sudi menghulur bantuan…

Alangkah seronok, kalau di sini aku dapat berbakti dengan penuh tulus ikhlas tanpa sebab paksaan…… Alangkah bahagia kalau di sini aku dapat berbakti dengan mengutamakan agenda untuk membentuk peribadi murid yang mulia dari agenda mengglamourkan sekolah dengan kemenangan…. Alangkah indah kalau semua orang di sini IKHLAS menggalas tugas……..Alangkah ringan bebanan ini jika masyarakat di sini mengerti bahawa tugas mendidik bukan hak mutlak para guru.....

Fragmen seterusnya…..

Fragmen kehidupan ini masih panjang… tersangat panjang…….

 

 

1 Komen doh..(s) / Komen deh!

Sunday, February 1st 2009

11:32 PM

Singgah...

Sekadar singgah untuk meninggalkan nota-nota pendek....

* Cuti yang ditunggu-tunggu untuk kali pertama selepas kali pertama  bergelar cikgu akhirnya tiba ke penamatnya.
Sempat bercuti di Machang 3 hari. Khamis pula bertolak ke Shah Alam-konvoi bersama geng Cerita Kudat  ke rumah baru mereka di Quarters Guru SMK Teknik, Shah Alam... Sabtu terus ke Tangkak dengan barang-barang lebihan praktikum dulu.... Maklumlah...Nak berjimat...

* 30hb Jan-Gaji pertamaku sudah masuk... Al-Hamdulillah... Walaupun lewat seminggu seperti yang diberitahu kerani, syukur tak terhingga kerana memang saat ini, poketku sudah kering... Tapi, berpinar-pinar jugakla mata bila kusedari cepat sungguh duit mengalir... Maklumlah... Belanja untuk perjalanan jauh dr Machang-Shah Alam-Tangkak boleh buat poket koyak rabak...

*31hb Jan- Saat aku melilau-lillau di Pasar Malam Tangkak bersama Kak Na dan familynya, Piz menelefon dari Tegelam... Katanya K.Wa dah selamat..... Yay!!! Dapat baby baru...!!! K.wa dan Apih dah selamat menyambut baby sulungnya. Abah kata, misi kat sana cakap muka baby tu macam Pakistan.... Ye ke? .
Kulit cerah, muka manis... Err... Ada lesung pipit tak? Kalau tak ada, ok le... Boleh join kelab Mok Yah nya.. Satu-satunya geng Machang yang takde lesung pipit...huhu...
Ermm..rasa teruja nak tengok baby tu...

*Emmm... Semalam sampai menangis-nangis dalam tidur mimpikan Awfa... Kenapa ek? Tapi, biasala..mimpi mengarut-ngarut dengan jalan cerita tak logik... Tapi, cemas jugakla sampai aku boleh menangis-nangis dalam tidur... Dah lama tak berlaku macam ni. Masa kecik-kecik dulu pernahlaa..

*Saat ini, aku sengaja luangkan masa mencatat catatan pendek... Biasalah... sekadar mengurangkan tekanan kerja. Tadi baru siap taip kertas kerja pesta bola jaring. Lepas tu teringat RPH untuk esok belum buat lagi... Tiba-tiba sakit kepala... Maklumlah... Sekolah aku ni hari-hari Rancangan Mengajar kena hantar... Tu pun kena hantar awal-awal pagi. Kalau tak, terlepas la. Bila terlepas, orang ingat kita tak buat kerja..........

*Tiba-tiba aku terfikir..Err..bukan tiba-tiba, tapi sokmo terfikir..sampai bila aku boleh bertahan kat sini? Atau berapa tahun lagi aku kena tahan kat sini? Untuk aku chow dengan cara mintak tukar, memang takde alasan kukuh...Memang takde alasan.. Huhu....





*Beberapa hari lepas posting hari tu, member aku kat Parit.. Er...Parit apa yer? Banyak sangat parit kat sini.. Parit Raja kot... Dia nak mintak tukar sumasu dengan aku (suka sama suka). Dia nak ke Muar kerna katanya tunangnya kat muar dan aku boleh ganti tempatnya di Batu Pahat. Aku kata orait... asalkan buleh lari dari 'mak tiri diktator'aku kat sini... Tapi sampai sekarang dia senyap... Aku pun bukan harap sangat... Takut-takut nanti, keluar mulut rimau, masuk mulut buaya... Biarlah.. Takdir aku dah kat sini....
Cuma satu doa aku... Semoga aku akan sentiasa dikasihi oleh manusia-manusia sekelilingku... kerana hidup ini tidak dapat dijangka pasang-surutnya.....

*Hidupku masih tidak stabil dan menentu lagi... Aku pernah berangan-angan untuk berdikari.. Betul-betul berdikari... Duduk sorang-sorang pun aku sanggup. Tapi, atas dasar kemanusiaan, aku kini menyewa bersama seorang kakak yang sama-sama posting di sekolahku itu kerana menemaninya disebabkan dia tidak mampu untuk menjaga keluarganya di negeri Jowo Pinter ni. Hujung minggu aku terpaksa  berkurung dalam bilik kerna suaminya datang bersama anak-anaknya. Walaupun aku boring dengan keadaan begini, terpaksa juga kulalui... Hati ini sering bermonolog.. sampai bila keadaanku akan terus begini?

*Hasrat untuk menyambung lesen keeta semakin meronta-ronta. Duduk kat tangkak ni, kalau tak ada transport sendiri, mati kutu dibuatnya. Tak boleh nak pergi mana-mana. Sekarang ni pun menumpang kereta housemate je la. Masa balik dari mengajar tuisyen hari tu, ada cikgu tu sanggup menunggu aku kat pintu pagar sebab dia tau aku jalan kaki ke sekolah... Dia sempat pesan, nanti dapat duit ni, bolehla buat lesen.... Ermm...kadang-kadang bukan duit yang jadi penghalang..cuma kekangan masa dan aku yang jenis suka tangguh-tangguh... Maklumla... tak konfiden lagi... Huhu....

*Semakin hari, semakin terasa gamitan kerinduan dari sana yang jauh.... Kadang-kadang terasa mahu menitis air mata ini kerana terasa tidak tertahan lagi menaggung keinginan ini... Harap-harapnya hasrat yang sudah lama kupendam ini akan terlaksana juga pada penghujung bulan Mei ini... Ya.. Hasrat ini sudah lama... Semenjak di Matrikulasi, sebetulnya hasrat ini mula menyubur... Lebih-lebih lagi bila ku teringat Ustaz Maszlee pernah bercerita, "... jika kamu mempunyai keinginan itu dan kamu tidak mampu...tapi jika kamu betul-betul meletakkan harap pada Allah... Berdoa bersungguh-sungguh, pasti hasrat kamu ke sana akan tercapai.. Pernah seorang student yang terlalu ingin ke sana, dan dia sering berdoa... Lantas doanya dimakbulkan oleh Allah Taála apabila dia memenangi kuiz yang menajanya ke sana...."

Harap-harapnya akulah antara insan yang dipilih menjadi tetamu-Nya di sana.... Moga ia menjadi kenyatan...

Ok.. Sekian dulu...

Chow!!







0 Komen doh..(s) / Komen deh!

Tuesday, January 20th 2009

1:05 AM

Di Mana Kedamaian...

 


Kedamaian - Zulfan

Dunia semakin tua manusia sering bersengketa
Kebesaran Allah dilupa, keegoaan jadi pegangan
Kemusnahan di depan mata
Tangisan menagih simpati
Bala menimpa untuk diinsafi, kerna iman sering diuji

Apa erti kedamaian kalau jiwa penuh kehitaman
Apa erti kedamaian jika perasaan benci berpanjangan
Apa perlu kedamaian jika sukar lemparkan senyuman
Apa dimohon kedamaian perintah Allah kita abaikan

Apa perlu kedamaian jika sukar lempar senyuman
Apa dimohon kedamaian perintah Allah kita abaikan
Apa dimohon kedamaian perintah Allah kita abaikan



Imbas kembali catatan lama...

Tangis Kami...

 

0 Komen doh..(s) / Komen deh!

Monday, January 19th 2009

3:39 AM

Rindu....

Jam 3.30 pagi... terjaga dari tidur....
Telefon bimbit di sisi kutatap.. Ada satu mesej...

"Salam...Apa khabar?Kena posting kat mana?saya baru lepas minggu pengenalan KPLI.
Tadi tengok Sir Wahab kat tv. Rasa rindu pulak masa belajar kat Uni..."

Selesai membacanya...satu rasa yang bercampur aduk dari perbagai rasa menyinggah ke hati...
Lebih-lebih lagi bila nama Sir Wahab kembali menyapa ingatan... Rasa-rasa yang hadir dari rasa jauh, rindu... Sungguh.. Aku rindukan para murabbiku.... Tampang wajah Afghan itu kembali menyapa, dan ingatanku segera beralih pada wajah-wajah para murabbiku yang lain... Ustaz Jamal... si pemilik tampang lelaki Lubnan... Ustaz Musa yang mungkin sudah lama pulang ke Tanah Besar China, Sir Umar yang suka sekali memanggilku dengan panggilan 'Orang Kelantan'. Satu-satunya pensyarahku dari Afrika yang agak fasih berbahasa Melayu.... Dan.... Kak Da.... Naqibahku yang sudah lama tidak kuhubungi.....
Sungguh..aku rindukan suasana ilmu di bumi tarbiyyah itu... kerana para murabbiku inilah yang menyedarkanku hakikat ummat...keadaan saudaraku seluruh seantero dunia....


Hari ini.... Palestin kembali berdarah..... Saudara-saudaraku... Adik-adikku di sana kembali bermandi darah... disimbah derita... Tetapi mereka tetap pasrah........ Ya Allah.. Saat ini ingatanku segera terbang di saat aku dan sahabat seperjuangan dahulu pernah bergegak gempita melaung rasa ammarah yang mengepung di hadapan kedutaan Amerika di Kuala Lumpur... Di situ, di saat itu suara kami berpadu melaungkan rasa peduli, melaungkan kemarahan terhadap kebiadapan tentera dajal itu, menempik geram agar kepedulian ini dapat menghentikan mereka daripada terus mengganyang saudara-saudara kami... Di situ suara anak-anak muda kampus berpadu... Di situ tenaga-tenaga anak muda dari pelbagai aliran dan jemaah bersatu.... Di situlah.. saat langit mendung dengan tempias darah merah di bumi jihad Palestin, kami melaung geram.... demi hak ummat Islam di Palestin.. kerana mereka adalah saudara kami....

Namun....kini ia hanya tinggal sebagai kenangan terindah... Buat sahabat-sahabat seperjuanganku... teruskan jihad kita walau di mana kita tercampak akhirnya...















0 Komen doh..(s) / Komen deh!

Tuesday, January 13th 2009

11:59 PM

Berjuanglah demi Islam...

(Nyanyian hati tatkala nubari dilanda ketidaktentuan rasa... Ditujukan khas buat para kekandaku nun jauh di Sarawak... serta sahabat seperjuangan di seluruh rantau...)

Perantau

Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engkau yang tahu

Ingatan ayah dan ibu
Janganlah menghiris hatimu
Kerinduan desan nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Di waktu ujian badai terus melanda
engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuang
Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayang dan pembelaan-Nya
bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah

Album : Secercah Pewarna
Munsyid : The Zikr




Perantau - The Zikr


2:00 a.m- sedang menyiapkan lesson plan...
0 Komen doh..(s) / Komen deh!

Thursday, January 1st 2009

10:45 PM

Detik penuh liku....1430Hijrah....

Pada saat usiaku masih mampu menjengah ke tahun 1430 Hijrah ini, aku sedang melalui detik-detik yang penuh getir......... 
Pada ketika ini, aku ingin mengambil peluang untuk meluah segala apa yang bersarang selagi masih berkesempatan...kerana selepas ini tidak mampu kujangka lagi masihkah ada waktu untukku melorek rasa yang membasah di laman hati... Rasa-rasa yang membuatkan pelupuk mataku sering basah pada waktu-waktu begini...... 

Kronologi penuh debaran.......

17 Disember 2008....
Tarikh 'keramat; yang aku hampir-hampir lupa. Teringat bila seorang sahabat menghantar sms, "Happy Birthday....." Ingatan dari satu-satunya sahabat yang setia mengucapkan selamat hari tua setiap kali hari itu menjelang... Hari yang mengingatkan aku bahawa usiaku semakin tua.... 25 tahun... Ada apalah pada angka 25,jika jiwa masih sehijau remaja 16 tahun...ehek!! Tapi kebimbangan menghadi hari muka yang tidak ketentuan itu semakin menderu di muara rasa....

19 Disember 2008....
Tidak tidur semalaman menunggu keputusan 'keramat' itu. Sampai ke pagi menunggu di depan laptop... Keputusannya masih gagal diketahui....

20 Disember 2008....
Akhirnya... melalui sahabat lain, kuketahui ke mana diri ini akan mengembara... demi menabur budi..demi sesuap rezeki.... Akhirnya takdir menentukan aku akan meneruskan kembara hidup ke bumi J... Tak disangka-sangka....

31 Januari 2008...
Ku mulakan langkah kembara ini bersama hati yang bercampur baur.... Pilu menggigit mengenangkan teratakku di bumi bertuah akanku tinggalkan dalam jangka masa yang lebih lama... Entah bertahun... Harap jangan aku kekal di bumi J ini.... Kembara ini kembara yang penat... Lalu aku, abah dan Apih berlalu meninggalkan teratak hijau itu...bertolak melalui KL untuk singgah di Bangi. Detik yang hampir-hampir menewaskan aku dari bertarung menahan ledakan rasa..menahan titik jernih dari mengalir di pelupuk mata....
Mereka yang ku tinggalkan..........


Awfa yang makin nakal... Masa aku sibuk berkemas, dia sibuk 'tolong' sepahkan balik...
Awfa suka kacau Mokyah!!!


Mek Dhuha yang buat muka sardin saat keberangkatanku..Padahal sedih tuu...


Hampir tertewas dengan kesenduan saat mnyalami tangan Mi... Doakan óghe'sokmo.... Semoga hajat kita sekeluarga menunaikan umrah tahun ini tercapai...demi membawa sebuah doa dan harapan yang besar...


Sebagaimana lebatnya hujan yang menimpa atap zink teratak hijau ini, begitulah lebatnya kesenduan yang melanda laman hati ini saat teratak usang ini kutinggalkan..


Malam itu transit di IPIS........


1 Januari 2009...
Angin nyaman yang berpuput lembut pada subuh di tahun baru ini tidak sedikitpun mampu memujuk rasa yang gundah.......... Bumi IPIS ditinggalkan menuju ke Seremban-Melaka-Johor...........

Pukul 9.00 tepat sampai di PPD... Saat mendengar amanat-amanat itu, hati inisemakin bergalau resah..bagai sedang menanggung beban yang semakin memberat..........
Kalut sedikit bila rakan yang akan ditempatkan di sekolah yang sama rupa-rupanya sudah bersatus puan... Tak dapatlah dibuat teman serumah.... Kalut.... Aku keseorangan kini... 

Pukul 11:00,aku, Abah, Apih dan Jabar berpusing-pusing mencari exit ke pekan T... Debar makin menerjah bila melalui jalan yang jauh sayut...seperti menuju kawasan ladang kelapa sawit...
Akhirnya hati menjerit riang, bila bandar T yang agak  besar itu melambai dari kejauhan... Pekan rupanya.....Just Nice!!!!!!!!

Tiba di sekolah, aku dibawa ke bilik mesyuarat...Saat kaki ini melangkah, 40 pasang mata tertancap padaku.......Argggggggggghhhhhhhhh....
Saat itu, rupa-rupanya GB sedang 'membelasah'  para guru-guru dengan garangnya... Alamak!!! Awal-awal lagi dah dapat ''nenek tiri''........
Saat itu aku hanya menunduk bila mendengar ''nenek tiri'itu menceceh memarahi salah seorang guru kerana gagal melaksanakan tugas seperti yang dikehendaki... Saat itu, aku sudah dapat membaca akan level cabaran yang akan aku hadapi....
Aku diberi tugas dan jadual kelas: Guru Kelas 2 Corot, Subjek English, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Muzik.................Arrrrrrrrrrgggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh........!!!!

Saat diminta memperkenalkan diri, 40 pasang mata itu kembali tertumpu padaku.... Ergghhhh.... 
Dan aku yang sungguh kasihan kerana belum mendapat tempat berteduh ini ditawarkan untuk tinggal dengan guru-guru yang 'bujang'....

Akhirnya, jadilah aku ahli rumah dua tingkat yang dihuni oleh 3 orang guru yang sudah berpangkat 'puan'dan seorang yang masih berpangkat ''cik''.........
Al-Hamdulillah aku cepat mesra dengan mereka, terutama dengan yang masih berstatus cik itu...Buktinya, selepas beberapa jam bersuai-kenal, tanpa diminta, si çik'tu dengan penuh jiwang bercerita tentang kisah-kisah hidupnya yang bagi aku mungkin boleh dicerita pada sahabat terdekat sahaja. Maknanya, mungkin dia telah menganggap aku sebagai sahabat dekatnya..Mungkin jiwa kami rasi. Aku, layan je bila orang nak share cerita2 syahdu ni, nak-nak lagi kalau kisah2 jiwang diorang. Nasib baik aku ada bakat dalam memberi feedback yang meaningful dan effective. Hmm...Best dengar cerita orang frust. Aku bab bagi nasihat laju je. Tu pun asyik quote balik cerita orang lain... Ye laa takkan aku nak cerita kisah frust aku dengan mamat Palestin UIA bermata biru tu.. Ala... Yang aku cerita masa aku borak dengan beliau masa aku nak beli mafela Palestine dengan mamat tu... Cis..!! Manis betul kenangan!! Apa tak manisnya, sebab masa tu aku speaking dengan slang budu aku, beliau plak speaking dengan slang Palestin dia yang bunyi vghoshe...vghosye tu... Last-last sepatah haram pun aku tak paham. Cuma asal-asal nak usya dia supaya dia bagi free mafela tu kat aku,last-last dia jual kat aku RM8... Hek  elleh!!!! Panjang lebar la pulak flash back aku ni... Dahla takde kena mengena dengan tajuk di atas.... Sorry ya... Saja nak lepas tension... 

Ok, back to the point...
Saat aku pertama kali bersolat di rumah ini, air hangat akhirnya luruh jua ke pipiku... Sebetulnya aku terharu... kerana terpaksa menyusahkan orang-orang yang baru kukenali demi untuk menumpang teduh...
Entahlah... Kawanku yang berstatus cik itu akan bertukar ke status puan tak lama lagi. Aku tak boleh imagine, lepas ni bagaimana aku akan hidup keseorangan di rumah ini setiap kali hujung minggu kerana sudah pasti semua penghuni ini akan balik ke rumah masing2 pada setiap hujung minggu... . Tempat ini sebenarnya agak tidak terjamin dari segi keselamatannya...... Moga Allah sentiasa melindungiku dan memudahkan setiap urusanku... "Rabbi yassir wala tuássir....."

Esok, aku akan terus memulakan episod baru dalam hidupku... Tugas yang menggunung sedang menungguku.... Kata nista juga perlu aku bersedia untuk hadapi.... Kerana aku semakin memahami lumrah sunnah berjuang ini....

Berjuang Menempah Susah,
Menanggung Derita Menongkah Fitnah,
Itulah Gelombang Hidup Samudera Duka,
Seorang Mujahid Memburu Syahid.

Dibuang Dia Berkelana,
Dipenjara Dia Uzlah Dibunuh Syahid,
Namun Jiwa Tetap Mara Menuju Cita,
Membara Demi Allah Dan Rasul-Nya.

Berjuang Tak Pernah Senang,
Ombak Derita Tiada Henti,
Tenang Tegang Silih Berganti,
Inilah Sunnah Orang Berjuang.

Malamnya Bagai Rahib Merintih Sayu,
Dihiris Dosa Air Mata,
Siangnya Bagaikan Singa Di Rimba,
Memerah Keringat Mencurah Tenaga.

Berjuang Memang Pahit,
Kerana Syurga Itu Manis,
Bukan Sedikit Mahar Yang Perlu Dibayar,
Bukan Sedikit Pedih Yang Ditagih.

Berjuang Ertinya Terkorban,
Rela Terhina Kerna Kebenaran,
Antara Dua Pasti Terjadi,
Tunggulah Syahid Atau  Menang...

2 Komen doh..(s) / Komen deh!