Catatan di jurnal peribadi yang hanya untuk tontonan keluarga dan rakan terakrab saya ini nampaknya akan ditamatkan di sini sahaja... Sebab utamanya kerana ia terlalu bersifat peribadi dan khuatir akan menjadi bahan fitnah oleh manusia-manusia yang suka menyebar-nyebar keburukan orang lain, mengadu domba dan suka mencipta kontroversi yang akhirnya menjadi fitnah yang boleh memusnahkan kehidupan orang lain...
Cuma di sini, saya ingin mencatatat lagi barang sepatah kata untuk di jadikan renungan kita bersama:
Saya mengingatkan pada diri saya dan seluruh umat Islam.. sebelum berbicara perihal org lain, tolong berhati-hati kerana takut ia menjadi fitnah dan boleh merosakkan kehidupan orang yang anda bicarakan itu!! Berhentilah dari menyebar kisah peribadi hidup orang lain!! Ingatlah akan balasan di perkampungan kekal abadi di akirat nanti.Sedangkan api lilin tidak sanggup kamu sentuh, inikan pula azab api neraka yang berjuta-juta kali ganda azabnya ....
Ingatkan juga akan balasan yang mungkin Allah Ta'ala timpakan di dunia ini... Jika tidak berlaku kepada kita, mungkin bala akibat perbuatan kita ini akan menimpa saudara, isteri, suami atau anak-anak kita.... Beringat-ingatlah sebelum berbicara........
(al-fitnatu asyaddu minal qatl) : maksud hadis nabi): memfitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh... sama-sama kita renung-renungkan...
Jangan kerana mengharapkan redha manusia dan inginkan habuan dunia, anda sanggup gadaikan syurga dan menukarkannya dengan neraka di akhirat nanti...